Follow by Email

Maths Catch Centre

Maths Catch Centre

RAHSIA BAHASA INGGERIS DISEBALIK SUBJEK SAINS DAN MATEMATIK


Dalam Utusan Malaysia hari ni dilaporkan tentang calon UPSR tahun ni yg merupakan penanda aras keberkesanan program pengajaran matematik sains dalam bahasa inggeris. Isu ni telah ramai yg membincangkannya semenjak kali pertama ianya di bincangkan untuk dilaksanakan pada 5 tahun yg lepas. Saya benar2 sedih dengan langkah ini. Peggunaan Matematik Sains dalam bahasa inggeris idea sapelah agaknye yg karut ni.. atas dasar apalahhhh diorang pandai2 je buat dasar tanpa mengambil kira pendapat cerdik pandai yg terbanyak bukan cerdik pandai yg rasuah !!
PUTRAJAYA 9 Sept. – Seramai 518,616 murid yang menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) hari ini akan menjadi penanda aras kepada kelangsungan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom berkata, mereka adalah kumpulan pertama murid-murid yang mempelajari Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris sejak Tahun Satu setelah PPSMI diperkenalkan pada 2003. - Utusan Malaysia online
Isu PPSMI ini sebenarnya ada rahsia yg tersembunyi yg ramai tak tahu. Kenapalah begitu beria kerajaan nak laksanakan pengajaran dua subjek ini dlm Bahasa Inggeris? Adakah untuk menyediakan para pelajar kita... generasi kita .. agar boleh bersaing diperingkat global dgn lebih baik lagi? Benarkah begitu? Adakah rakyat Jepun yg diajar fully bahasa Jepun tu ... bukan bahasa Inggeris tak boleh bersaing diperingkat Global? Bagaimana juga dgn bangsa Italy, Peranchis, German, Thailand, dan banyakkkk lagi negara2 maju lain yg terbukti amat maju yg tidak menggunakan bahasa inggerispun didalam sistem pendidikan mereka?
Saya masih ingat sewaktu saya transit kejap di Prague dulu tahun 2002... saya bercakap dlm Bahasa Inggeris tanya diorang restoren kat mana.. diorang wat derkkk je... tapi bila saya ckp dlm Bahasa Malaysia walaupun diorang tak paham tapi diorang beriya2 nak tolong. Betapa mereka bangga dgn bahasa ibunda mereka.
Sebenarnya pada pendapat saya kerajaan laksanakan PPSMI ni hanya lah satu tujuannya iaitu UNTUK JUAL LCD PROJECTOR DAN LAPTOP semata-mata. Pernah tak sesiapa semak nama pembekal yg mengaut keuntungan besar dlm 5 tahun ni melalui pembekalan sistem ICT ke sekolah2 seluruh Malaysia bagi membantu PPSMI ni? Berbilion ringgit habis kat situ. Itu aje tujuannya. Ceritanya begini.. Bermula pada tahun 1989 .. masa tu ekonomi Malaysia amat baik dan pada tahun 1992 kita antara yg terbaik di rantau ini. Pada masa tu kerajaan Malaysia menghantar ramai pelajar ke luar negara. Banyak twinning program yg dilancarkan seperti AAD (Amercican Associate Degree, International Bachalaurette, A-Level, Australian Matriculation dsbg.). Pelajar yg dapat SPM sederhanapun ada yg dapat offer program ni maka ramailah yg berpeluang ke luar negara.
Di tempat kursus persediaan ini antaranya ialah di MARA Community College Kuantan yg dahulunya dikenali sebagai Maktab Sains Mara, Kolej MARA Banting, PPP Shah Alam, Kolej MARA Seremban, Trolak dan banyak lagilah...di tempat2 inilah anak2 malaysia berkumpul untuk belajar bahasa asing dan buat persediaan untuk ke luar negara. Ramai gilerrr masa tu termasuklah Ally Iskandar dan Suami pelakon sitcom Puteri yg baru bercerai tu (Anak Ramli Ngah Talib).
Sebenarnya ada dua kategori pelajar yg dihantar ke luar negara pada masa tu. Pertama pelajar tajaan MARA, JPA dan Petronas. Yg ni yg cream. Yg ni power giler result SPM terutama tajaan Petronas dan JPA. Tapi ada satu lagi group tajaan FAMA (Father and Mother). Yang ni private student. Haaaaa... disinilah punca segalanya. Private student ni kebanyakkannya buat kurus degree in TESL atau Degree in English. Biasanya anak orang miskin takkan buat or apply degree in TESL or ENGLISH sebab bagi orang miskin nanti keluar nak kejer apa... tambahan pulak rata2 anak orang miskin tak berapa padai Bahasa Inggeris sebab datang dari kampung. Anak orang kaya ni lain... Bahasa Ingeris dah power dah.. mak bapakpun dh speaking dah dari kecik... Lagi satu anak2 orang kaya bukannya terror sangat Math, Fizik, Add Math dll subjek penting tu. So mcm mana nak buat engineering ke, Accounting ke or kursus2 kritikal lain? Maka anak orang kaya nipun masukla ketempat2 persediaan ni dgn tajaan sendiri buat kursus Bed(TESL) atau BA(English)... lepas dapat result bagus di kursus persediaan ni mereka semua boleh apply loan MARA untuk further studies ke overseas...
Maka ramailah anak Malaysia pergi ke luar negara bermula pada tahun 1990 kalau taksilap sampailah ekonomi Malaysia merudum tahun 1998 kerajaan stop dah beberapa program dan limit jumlah pelajar yg dihantar ke luar negara.
Disinilah bermula segala masalah. Anak2 menteri, anak kroni, anak2 orang kaya yg buat degree in TESL dan degree in English ni bila balik M'sia diorang takkan nak jadi cikgu bahasa inggeris?? Eh... tak masuk akal langsung... so diorang pakai kabel mak bapak diorang apply PTD. So diorang lah yg jadi pegawai2 penggubal dasar kat kementerian-kementerian kerajaan tu. Apa lagi dioranglah yang cadangkan agar Math Sains diajar dlm Bahasa Inggeris... kononya agar anak Malaysia akan jadi lebih cekap berbahasa Inggeris dan boleh bersaing diperingkat global. Sakittnya hati Ya ALLAHHH... dan kerana cadangan diorang tulah maka beratus juta duit rakyat dihabiskan beli LCD Projector dan Laptop yg rata2 cikgu kitapun tak reti dan tak selesa nak guna.
Banyak IPT, cendikiawan, research telah dibuat, dibincangkan dan diterbitkan bahawa pengajaran Math Sains dlm Bahasa Inggeris ini tidak membantu meninkatkan pencapaian Bahasa Ingeris. Antaranya kajian yg dibuat di Universiti Malaya dan kajian oleh Prof. Dr. Jusoh dari UiTM. Negara Jepun, Italy, Peranchis , Jerman tak ajar dlm Bahasa Inggerispun jauh lebih maju... Malah pengajaran dlm bahasa Ingerislah puna anak Malaysia semakin lemah dlm pelajaran... yg paling teruk anak melayu laaahhhh...
Kalau iapun nak ajar dlm Bahasa Inggeris kenapa tak mulakan di MRSM dan SM Sains ke dulu... biar budak2 yg selected tu dulu yg jadi pengasas..lepas tu tengok and check keberkesanannya... Bila pembangkang dan masyarakat terutama cendikiawan dan ahli akademik yg genuine yg tidak rasuah marah dgn isu PPSMI ini maka setiap kali ujian UPSR ke PMR ke SPM ke soalan dipermudahkan. Kalau takpun cara marking dipermudahkan. Melihat skima pemarkahan peperiksaan setiap tahun aku sedih la... ada tu asalkan ada je satu perkataan tu dah dikira betul dah dapat markah. Begitu terdesaknya kerajaan nak tunjukkan bahawa rakyat Malaysia boleh follow la sistem PPSMI ni... hakikatnya rakyat Malaysia sendiri yg dibangangkan... kawan2 kat sekolah jenis kebangsaan cina kata diorang disekolah cina tak pernah patuh pada PPSMI.. diorang tetap ajar guna bahasa cina... sebab pelajar lebih mudah paham...
Akhirnya bila keputusan peperiksaan diumumkan memanglah menunjukkan yg subjek Math Sains tu semuanya ok.. dah soalan dipermudahkan... dan marking juga dipermudahkan... memanglaa result keseluruhan nampak gempak tapi sedar tak bahawa semua ni sandiwara yang akhirnya kena tanggung oleh kita semua rakyat Malaysia. Dahtu lama pulak tu kena menanggung...
Masa konvensyen kecemerlangan IPT di Sri Iskandar baru2 ni... ramai pensyarah IPT seluruh Malaysia bengang dengan PPSMI sebab yg masuk U nipun bukannya pandai sangat. Result SPM bagus tapi Y=mX + C pun tak tahu apa punya equation. Inilah jadinya bila kerajaan berniaga menggunakan rakyat. Inilah jadinya bila sesuatu itu dilakukan demi kepentingan politik dan bukan kepetingan agama, bangsa dan negara. Selepas 5 tahun barulah nak revise balik dan nak tengok balik keberkesanannya. Alaahhh... keberkesanan tu boleh dibuat... boleh direka... buat soalan senang... arangkan unit peperiksaa kementerian pendidikan buat soalan senang pastu marking juga senang. Contohnya soalan sains Rainbow consist of how many strips?? Buatlah sistem pemarkahan tu asalkan ada perkataan SEVEN je terus betul jawapannya tak kiralah seventy ke , seventeen ke... itulah hakikat yg terjadi semenjak PPSMI ni dilaksanakan.
Bila budak yg tak sepatutnya layak masuk IPT tiba2 dapat result bagus dan masuk IPT maka sistem IPT pulak bercelaru... sampailah masuk alam pekerjaan... habisss semuanya bercelaru... nanti akan keluarlah makin ramai engineer yg corrupt, doktor yg careless dsbg. Makin banyaklah jambatan yg runtuh... makin banykla tuala yg ertinggal dlm perut lepas pembedahan... semuanya gara2 satu tindakan yg bodoh!
source:http://terjah.freephpnuke.org/gate.html?name=News&file=article&sid=91

1 comments:

Unknown said...

Bila budak yg tak sepatutnya layak masuk IPT tiba2 dapat result bagus dan masuk IPT maka sistem IPT pulak bercelaru... sampailah masuk alam pekerjaan... habisss semuanya bercelaru... nanti akan keluarlah makin ramai engineer yg corrupt, doktor yg careless dsbg. Makin banyaklah jambatan yg runtuh... makin banykla tuala yg ertinggal dlm perut lepas pembedahan... semuanya gara2 satu tindakan yg bodoh!
Sy amat bersetuju dengan statement di atas.Itulah yg sebenarnya banyak terjadi dewasa ini.Sistem pendidikan kucar kacir negara menanggung kerugian.
Lebih-lebih lagi penggunaan kebel ke sbp dan IPT yg berleluasa...yg tak layak mengambil hak, rezeki dan
masa hadapan orang yg lebih layak tanpa rasa bersalah...
susulan itu, tak mustahil banyak berlaku, orang yg sepatutnya jadi bos tetapi akhirnya menjadi orang bawahan dan orang yang sepatutnya jadi orang bawahan akhirnya menjadi bos.Sebab itu adakalanya sesuatu organisasi itu apabila dipimpin oleh bos yang bukan pemikir dan kerusi itu bukan haknya menjadikan sesuatu pelaksanaan nampak tak bijak, korupsi,membazir dan merugikan wang negara.
Ini adalah satu kenyataan yg perlu difikirkan tetapi berapa ramai yg mahu mengakui hakikat sebenarnya!!.
Sekian pandangan sy...hal ini sbenarnya sangat luas untuk dibicarakan..

Post a Comment

Sila Berikan Komen Anda Disini

Letak Iklan anda disini RM50 sebulan.1 Kekosongan sahaja lagi

BENGKEL PECUTAN AWAL 2012

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates