Ayat Al-Quran pada Kulit Bayi -Tanda Kebesaran Ilahi

Salam hormatkepada semua pengunjung.Kepada masyarakat kaum Cina Gong Xi Fat Cai saya ucapkan.Semoga tahun baru ini dapar mengeratkan lagi hubungan kita dalam masyarakt yang berbilang kaumni.Alhamdulialh setelah melalui hari-hari yang sungguh memenatkan sejak bukak sekolah lalu tibalah masanya untuk rehat sekejap..4 hari cuti sempena raya cina.huuhhhhh.letih...Banyak kerja,nota-nota perlu saya updated baru,tahunni semua tingkatan plak tu..Maths FORM1,Maths Form 2,Maths FORM3,Maths Form 4Maths FORM5,Add Maths Form 4,dan Add maths Form 5...ermmm cuba kira banyak tak kelas??..penatkan...Ok sebenarnya untuk pos kalini bukanlah cikgu nak cerita pasal tempoh yang memenatkan ni.Tapi pos kalini nak ceritakan tanda-tanda kebesaran Allah s.w.t yang telah berlaku di RUSSIA...


Baru-baru ini, Rusia telah digemparkan dengan keajaiban tanda kebesaran Ilahi apabila ayat A-Quran telah timbul pada kulit seorang bayi..Subhanallah...Kisah ini juga telah dimuatkan dalam baca dalam majalah Al-Islam terbitan Disember 2009.SEBAHAGIAN ayat al-Quran pada kulit Ali.

"Apa yang mengejutkan terdapat Ayat2 Al-Quran pada Kulit Bayi -Inilah Tanda Kebesaran Ilahi"

MOSCOW - Pakar-pakar perubatan di Rusia bingung berikutan penemuan ayat-ayat suci al-Quran dan Arab pada kulit seorang bayi berusia sembilan bulan di Dagestan, Rusia, lapor sebuah akhbar semalam.

Ayat-ayat itu muncul pada belakang, tangan, kaki dan perut Ali Yakubov pada setiap malam Isnin dan Jumaat sebelum hilang tetapi diganti dengan beberapa ayat al-Quran baru dua kali seminggu.

Pakar-pakar perubatan Rusia menyatakan, mereka tidak tahu bagaimana fenomena itu boleh berlaku selepas perkataan Allah mula muncul pada dagu bayi tersebut ketika dia berusia beberapa minggu.

MADINA mendukung anaknya, Ali.


Namun, ketika mengulas mengenainya, pakar-pakar perubatan dan keluarga bayi itu mengaku bahawa ayat-ayat suci itu menjelma sendiri pada badan Ali dan bukan ditulis oleh manusia.

"Ali akan berasa kurang sihat manakala suhu badannya meningkat kepada 40 darjah Celsius setiap kali ia berlaku menyebabkan dia menangis," kata ibunya Madina Yagubova.

Kini, tempat Ali dilahirkan iaitu di Kampung Red Oktober, Dagestan menjadi tumpuan orang ramai yang mahu melihat keanehan itu.

SEPOTONG ayat al-Quran pada peha Ali.

Paparan mengenai kejadian aneh di Dagestan , wilayah selatan Rusia yang menjadi sasaran pertempuran antara tentera Rusia dengan pejuang-pejuang Islam itu turut dipaparkan di laman perkongsian video YouTube.

"Ali merupakan tanda kebesaran Tuhan. Kelahirannya di Dagestan bagi menyedarkan penduduknya supaya bersatu," kata seorang ahli parlimen di wilayah itu, Akhmedpasha Amiralaev. - Agensi

Lihat Video dibawah :


mathgayapos.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Sila Berikan Komen Anda Disini

Letak Iklan anda disini RM50 sebulan.1 Kekosongan sahaja lagi