UPSR, PMR mungkin dimansuh??

Oleh KAMIL MASLIHpengarang@utusan.com.my
Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman bersalaman dengan para perwakilan pada majlis perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Pagoh, Muar, semalam. –BERNAMA
MUAR 20 Jun – Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) mungkin dimansuhkan kerana sistem pembelajaran kini dilihat terlalu berorientasikan peperiksaan berbanding memberi pendidikan holistik kepada pelajar.
Bagaimanapun, peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan dikekalkan sebagai satu-satunya peperiksaan awam di sekolah.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan kini sedang mengkaji dengan teliti cadangan pemansuhan kedua-dua peperiksaan itu sebelum membuat keputusan muktamad.
“Di Malaysia, kita terlalu berorientasikan peperiksaan. Umumnya sepanjang 11 tahun murid masuk ke sekolah ada tiga peperiksaan awam. Ada pihak berpendapat ini menyebabkan cara pembelajaran lebih menjurus usaha mencapai keputusan yang baik dalam peperiksaan awam.
“Maka sebab itu di Malaysia selain di sekolah, ibu bapa hantar anak ke tuisyen sebab hendak keputusan cemerlang dalam UPSR, PMR dan SPM.
“Pihak kami sedang fikirkan sama ada akan kekalkan atau perlu hanya satu sahaja peperiksaan awam, seperti di peringkat SPM sahaja,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pagoh di Kompleks Seri Pekembar dekat sini hari ini.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, pelaksanaan UPSR dan PMR adalah baik namun disebabkan terlalu menjurus kepada peperiksaan, tujuan utama menuntut ilmu secara kreatif, interaktif dan menimba pengetahuan secara holistik tidak tercapai sepenuhnya.
Beliau berkata, disebabkan terlalu berorientasikan peperiksaan, fokus utama guru dan pelajar tertumpu kepada keputusan cemerlang pada peperiksaan awam dan mereka turut dibebani dengan peperiksaan penilaian di peringkat sekolah.
“Dalam soal kerjaya dan kerja, orang tidak pakai lagi PMR dan UPSR. Orang (majikan) tidak tanya pun berapa ‘A’ yang dapat dalam PMR dan UPSR, sebaliknya hanya keputusan SPM dan di peringkat universiti saja orang ambil kira,” katanya.
Timbalan Perdana Menteri berkata, kebanyakan negara lain hanya mempraktikkan satu peperiksaan awam sepanjang persekolahan dan contoh itu boleh diambil Malaysia dengan memberi lebih penekanan kepada penilaian di peringkat sekolah.
“Saya sendiri berpendapat adalah lebih wajar kalau perlu adanya penilaian, kita buat di peringkat yang terakhir, selepas belajar 11 tahun (di sekolah rendah dan menengah) sebelum masuk universiti.
“Saya mengajak golongan pakar pendidikan dan masyarakat untuk memberi respons kerana kita belum ada keputusan tetapi banyak pihak mencadangkan untuk mengubah sistem kepada hanya satu sahaja peperiksaan awam,” katanya.
Namun menurut Muhyiddin, sekiranya peperiksaan UPSR dan PMR diteruskan, ia hanya sebagai penilaian pencapaian pelajar di peringkat sekolah dan bukannya sebagai peperiksaan awam.
Tegas beliau, banyak perkara harus diteliti terlebih dahulu dan penstrukturan semula perlu dilakukan bagi membolehkan keputusan penilaian di peringkat sekolah dapat diguna pakai oleh pelajar untuk memasuki sekolah berasrama penuh.
“Ini ada hubung kait dengan rombakan sistem pendidikan negara untuk mengubah bentuk kurikulum supaya lebih banyak masa terluang untuk fokus kepada subjek-subjek utama serta aktiviti sukan.
“Di peringkat kementerian, kita sedang meneliti dan memerlukan input dari warga akademik, pendidik dan masyarakat. Debat sihat dalam media juga bagus untuk perkara ini,” katanya.

UPSR, PMR mungkin dimansuh??erm lepas program maths dan sains dalam bahasa inggeris ,datang pulak program baru.

Nampaknya lain menteri Lain resepinya.





Apa pendapat anda?

9 comments:

  1. Farisya (Tahun 6)21/6/10

    120% tak setuju, abis tu kemasukan ke asrama penuh akan dibuat berdasarkan aper?

    ReplyDelete
  2. Anonymous22/6/10

    tak setuju 150%...sbb ia akan membuatkan pelajar leka dan lepak sementara tggu peperksaan SPM...i dont think it will work that way!

    ReplyDelete
  3. Anonymous25/6/10

    x setuju....!! kenapa nak mansuhkan UPSR dan PMR...bukankah semua kemahiran perlu ujian...jangan terlalu manjakan generasi kita dengan pelbagai pemansuhan terutama melibatkan pendidikan..fikirkan!! Memang kita perlu perlu perubahan..tetapi ingat perubahan ini melibatkan generasi Malaysia..Apa la cabaran yang hendak diberikan kepada pelajar sekolah rendah dan pelajar Menengah Rendah sekiranya kedua2 exam ini dimansuhkan?? Bukankah UPSR dan PMR itu asas kepada peperiksaan SPM?? Kalau lah dimansuhkan maka......Hilanglah kemeriahan seperti sebelum ini...........

    ReplyDelete
  4. Anonymous25/6/10

    Inilah budaya kita...semua buat kerja last minute...lepas 11 tahun belajar baru nak exam..entah la ..tidak boleh ke kalau di tambah baikkan sistem pendidikan kita sekarang?? kenapa dimansuhkan exam ni??Untuk jimatkan perbelanjaan negara? keputusan tidak dikira semasa cari kerja? Sebab ikut negara lain?? Heran2..Emm nak masuk SBP dengan MRSM kena ambil peperiksaan khas..Apa la tu?? bukan sama ke tu???

    ReplyDelete
  5. Anonymous30/6/10

    Biasalah. setiap orang nak jadi juara bila pegang sesuatu jawatan. Mereka bukan buat kajian pun. Asal terlintas difikiran terus buat kenyataan. Saya tak setuju UPSR dan PMR di mansuhkan. Sejak dari selepas merdeka kita ada ujian Panilaian Sekolah Rendah dan di Gantikan dengan UPSR, LCE kemudian SRP dan digantikan dengan PMR. Semua berjalan lancar. Mengapa skrg nak di mansuhkan. Nanti bila timbul masalah. Akan dikaji semula dan tarikh balik pemansuhan. macam PPSMI. Mengapa dulu tak kaji dulu. bila tak berkesan baru nak tarik balik setelah berbelanja berbilion ringgir

    ReplyDelete
  6. Anonymous10/7/10

    memang tak setuju! jangan hanya pandang dari satu segi saje.saya pasti para pendidik juga bertungkus lumus dalam membina modal insan yang cemerlang dari peringkat rendah di samping penilaian dalam bentuk peperiksaan. nampak sangat pihak atasan tak percaya dengan kredibiliti guru-guru skrg. emm... lepas ni program lain akan dibuat. cubalah buat sesuatu tu sampai nampak hasilnya... ini baru setahun jagung dah nak ubah.... ubah, ubah,ubah.. macam mana nak maju...

    ReplyDelete
  7. Anonymous16/7/10

    ok je kot...depends larh..

    ReplyDelete
  8. Anonymous16/7/10

    what depends? do you have a brain?

    ReplyDelete
  9. najwa16/7/10

    sy 100% tidak setuju keatas UPSR akan dimansuhkan...

    ReplyDelete

Sila Berikan Komen Anda Disini

Letak Iklan anda disini RM50 sebulan.1 Kekosongan sahaja lagi