Follow by Email

Maths Catch Centre

Maths Catch Centre

PENGUMUMAN:Result SPM 16 Mac 2010

Salam hormat ,dari sumber yang boleh dipercayai result keputusan peperiksaan SPM untuk calon calon 2009 dijangka akan keluar pada 16 mac 2010 ini.erm mesti berdebar kan ,bukan sahaja,pelajar malahan ibubapa dan guru-guru juga tersa bahangnyani..huuuhu.bagi guru sudah tentu subjek Add Maths paling ditakuti bukan.sebabnya inilah subjek killer dalam SPM..huhu walau bagaimanapun saya doakan semua pelajar saya akan lulus dengan cemerlang hendaknya.huhu..kepada anda yang sedang tunggu result jugak semoga berjaya ya.lagipun tahun lepas Soalan Ramalan banyak yang keluar dalam exam kan?So sepatutnya anda tidak menghadapi banyak masalah dalam exam aritu.walau apa pun berserah jerlah yer..

semoga berjumpa lagi wasalam.

cikgu Rajaei..





_____________________________________________________________________
MATHS CATCH "Peneraju Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 UPSR,PMR & SPM Berkualiti Tinggi"

Percuma:"KERTAS SOALAN RAMALAN SPM 2007 UNTUK SEMUA MATAPELAJARAN"

Salam Hormat harini saya dengan bermurah hatinya nak bagi kepada anda SECARA PERCUMA
"KERTAS SOALAN RAMALAN SPM 2007 UNTUK SEMUA MATAPELAJARAN".Soalan ini adalah keluaran Times.terima kasih Times production.

Klik Link dibawah ini untuk proses download

Soalan Ramalan Times 2007



Antara kandunagn menarik adalah seperti berikut:Termasuk Maths dan Add Maths

o FORECAST PAPER SPM 2007 Bahasa Malaysia
o FORECAST PAPER SPM 2007 English
o FORECAST PAPER SPM 2007 Sejarah
o FORECAST PAPER SPM 2007 Additional Mathematics
o FORECAST PAPER SPM 2007 Mathematics
o FORECAST PAPER SPM 2007 Science
o FORECAST PAPER SPM 2007 Biology
o FORECAST PAPER SPM 2007 Prinsip Perakaunan
o FORECAST PAPER SPM 2007 Perdagangan
o FORECAST PAPER SPM 2007 Ekonomi Asas
o FORECAST PAPER SPM 2007 English for Science & Technology
o FORECAST PAPER SPM 2007 Chemistry
o FORECAST PAPER SPM 2007 Physics


**Jawapan dan jalan pengiraan juga diberikan **


Rasanya in sahaja updated untuk harini bersempena cuti Tahun baru Cina ni.:D ..


Jika anda rasa info yang saya berikan ini bermanfaat ap kata anda datang dan berikan komen-komen bernas anda disana www.mathgayapos.blogspot.com..Untuk berikan komen sila lihat kat Tajuk post ini.klik comments

Ayat Al-Quran pada Kulit Bayi -Tanda Kebesaran Ilahi

Salam hormatkepada semua pengunjung.Kepada masyarakat kaum Cina Gong Xi Fat Cai saya ucapkan.Semoga tahun baru ini dapar mengeratkan lagi hubungan kita dalam masyarakt yang berbilang kaumni.Alhamdulialh setelah melalui hari-hari yang sungguh memenatkan sejak bukak sekolah lalu tibalah masanya untuk rehat sekejap..4 hari cuti sempena raya cina.huuhhhhh.letih...Banyak kerja,nota-nota perlu saya updated baru,tahunni semua tingkatan plak tu..Maths FORM1,Maths Form 2,Maths FORM3,Maths Form 4Maths FORM5,Add Maths Form 4,dan Add maths Form 5...ermmm cuba kira banyak tak kelas??..penatkan...Ok sebenarnya untuk pos kalini bukanlah cikgu nak cerita pasal tempoh yang memenatkan ni.Tapi pos kalini nak ceritakan tanda-tanda kebesaran Allah s.w.t yang telah berlaku di RUSSIA...


Baru-baru ini, Rusia telah digemparkan dengan keajaiban tanda kebesaran Ilahi apabila ayat A-Quran telah timbul pada kulit seorang bayi..Subhanallah...Kisah ini juga telah dimuatkan dalam baca dalam majalah Al-Islam terbitan Disember 2009.SEBAHAGIAN ayat al-Quran pada kulit Ali.

"Apa yang mengejutkan terdapat Ayat2 Al-Quran pada Kulit Bayi -Inilah Tanda Kebesaran Ilahi"

MOSCOW - Pakar-pakar perubatan di Rusia bingung berikutan penemuan ayat-ayat suci al-Quran dan Arab pada kulit seorang bayi berusia sembilan bulan di Dagestan, Rusia, lapor sebuah akhbar semalam.

Ayat-ayat itu muncul pada belakang, tangan, kaki dan perut Ali Yakubov pada setiap malam Isnin dan Jumaat sebelum hilang tetapi diganti dengan beberapa ayat al-Quran baru dua kali seminggu.

Pakar-pakar perubatan Rusia menyatakan, mereka tidak tahu bagaimana fenomena itu boleh berlaku selepas perkataan Allah mula muncul pada dagu bayi tersebut ketika dia berusia beberapa minggu.

MADINA mendukung anaknya, Ali.


Namun, ketika mengulas mengenainya, pakar-pakar perubatan dan keluarga bayi itu mengaku bahawa ayat-ayat suci itu menjelma sendiri pada badan Ali dan bukan ditulis oleh manusia.

"Ali akan berasa kurang sihat manakala suhu badannya meningkat kepada 40 darjah Celsius setiap kali ia berlaku menyebabkan dia menangis," kata ibunya Madina Yagubova.

Kini, tempat Ali dilahirkan iaitu di Kampung Red Oktober, Dagestan menjadi tumpuan orang ramai yang mahu melihat keanehan itu.

SEPOTONG ayat al-Quran pada peha Ali.

Paparan mengenai kejadian aneh di Dagestan , wilayah selatan Rusia yang menjadi sasaran pertempuran antara tentera Rusia dengan pejuang-pejuang Islam itu turut dipaparkan di laman perkongsian video YouTube.

"Ali merupakan tanda kebesaran Tuhan. Kelahirannya di Dagestan bagi menyedarkan penduduknya supaya bersatu," kata seorang ahli parlimen di wilayah itu, Akhmedpasha Amiralaev. - Agensi

Lihat Video dibawah :


mathgayapos.blogspot.com

Kertas SoalanRamalan Matematik 2010

Salam hormat.ramai sekali menghantar emel kepada saya bertanyakan tentang masalah untuk acces ke website Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 UPSR,PMR dan SPM iaitu
www.maths-catch.com (buat sementara waktu guna link ini http://nicepro.info/maths-catch.com/)
..Hasil maklumat daripada pembekal server rupanya mereka ketika ini mengalami beberapa masalah teknikal yang tidak dapat diselesaikan.besar kemungkinan akan mengambil masa 3-4 hari..oleh itu saya memohon maaf jika anda mengalami kesulitan ketika meng "acces " masuk ke website ini sebelumni ..Walaubagaimana pun saya jangkakan masalah ini akan diselesaikan tidak lama lagi....sila datang lagi selepas semua kerosakaan kembali pulih.Sebarang masalah,pertanyaan atau tempahan apa kata anda menghantar ke emel rasmi MATHS Catch iaitu di mathscatch@yahoo.com
emel anda akan dibalas 24 jam setelah anda menghantar.cubalah yer..
.Dan dikesempatan ini juga jangan lupa download kertas soalan percubaan yang baru sahaja diupdate percuma untuk anda..salam hormat..

Apa Rahsia Pelajar Cemerlang Matematik???

Adakah Markah matematik anda berada dibawah 40? jika ya kenapa ini boleh berlaku?
@adakah andani memang seorang malas?..ermm malas memang tidak ada ubatnya.:D
@tak tahu cara nak belajar matematik?..ermmm..mungkin perlu lihat bagaimana cara rakan-rakan anda y hebat matematik belajar

walaupun apa sahaja alasan yang anda berikan,jika anda tidak dapat menguasai matematik itu sebenarnya datang daripada anda sendiri.semuanya bergantung kepada diri sendiri.Semasa cikgu disekolah dahulu ditingkatan 5 apabila guru matematik memberi latihan atau kerja sekolah,sebenarnya tidak semua soalan yang boleh cikgu buat.percaya tak ada yang cikgu buat sendiri ada yang cikgu tiru sahaja dari kawan.walaubagaimana pun bila dalam exam cikgu selalu mendapat markah yang tinggi?persoalanya kenapa???ini kerana setiap kali ujian atau peperiksaan hampir tiba cikgu akan mengulangkaji soalan-soalan matematik yang BERTARAF PEPERIKSAAN.Apa itu soalan bertaraf peperiksaan.soalan bertaraf peperiksaan adalah soalan-soalan peperiksaan sebenar yang tahun-tahun lepas atau soalan-soalan percubaan negeri,soalan berasrama penuh (sbp) ,MRSM dan soalan-soalan dari sekolah sains yang terbukti taraf soalanya sangat berkualiti dan tinggi.ya ini lah soalan-soalan yang cikgu buat dahulu sehinggakan setiap kali "exam" tak kurang dari 90% markah matematik cikgu akan perolehi disekolah..Oleh itu kepada semua pembaca yang mana majoritinya adalah pelajar ,apa kata anda ubah cara belajar anda dari hanya bergantung kepada buku teks semata-mata kepada membuat latihan menggunakan soalan-soalan percubaan negeri dan pepriksaan sebenar..
Untuk mendapatkan soalan-soaln ini cikgu rasa anda sudah tidak ada lasan lagi.semuanya telah cikgu sediakan secara percuma di dalam blog ini.. sila lihat di pautan ini mathgayapos.blogspot.com ..

Selain dari blog ini sebenarnya terdapat banyak lagi blog-blog diinternet yang boleh adik-adik dapatkan kertas soalan percubaan negeri ini..ada yang percuma dan ada yang berbayar..antaranya adik-adik boleh dapatkan KERTAS SOALAN RAMALAN MATEMATIK 2010 BERKUALITI TINGGI dari MATHS Catch .com.lihat disini www.maths-catch.com
Anta yang menarik didalam pakaej keluaran MATHS Catch ini adalah seperti berikut:

PAKEJ 1:
Matematik Tambahan SPM (Additional mathematics)
@2 SET KERTAS SOALAN RAMALAN MATEMATIK TAMBAHAN 2010 (edisi Tempur dan edisi Kristal)

Percuma
@7 Set Kertas Soalan Percubaan Negeri-Negeri Malaysia 2009
@1 Set kertas Soalan Percubaan Sekolah Berasrama Penuh SBP 2009
@13 Set Kertas Soalan Ramalan Semua matapelajaran 2009 (bm,bi,sej,maths,add maths,science,biology,PA,perdagangan,ekonomi asas,chemistry,physics dan english for science)
@4 Set Kertas Soalan Sebenar SPM 2004-2009
@Analisis statistik soalan dan tajuk-tajuk matematik yang lepas-lepas
@Motivasi Teknik mempelajari Matematik berkesan

maklumat lanjut sila KLIK DISINI
(buat sementara waktu guna link ini http://nicepro.info/maths-catch.com/)

PAKEJ 2:Matematik Moden SPM (Mathematics)
@2 SET KERTAS SOALAN RAMALAN MATEMATIK T 2010 (edisi Tempur dan edisi Kristal)

Percuma
@5 Set Kertas Soalan Percubaan Negeri-Negeri Malaysia 2009
@1 Set kertas Soalan Percubaan Sekolah Berasrama Penuh SBP 2009
@13 Set Kertas Soalan Ramalan Semua matapelajaran 2009 (bm,bi,sej,maths,add maths,science,biology,PA,perdagangan,ekonomi asas,chemistry,physics dan english for science)
@4 Set Kertas Soalan Sebenar SPM 2004-2009

@Analisis statistik soalan dan tajuk-tajuk matematik yang lepas-lepas
@Motivasi Teknik mempelajari Matematik berkesan

maklumat lanjut sila KLIK DISINI
(buat sementara waktu guna link ini http://nicepro.info/maths-catch.com/)

PAKEJ 3:Matematik PMR (Mathematics PMR)
@3 SET KERTAS SOALAN RAMALAN MATEMATIK T 2010 (edisi Tempur , edisi Kristal dan edisi gempur W.P KL)

Percuma
@7 Set Kertas Soalan Percubaan Negeri-Negeri Malaysia 2001-2009
@4 Set kertas Soalan Percubaan Sekolah Berasrama Penuh SBP 2006-2009
@4 Set Kertas Soalan Sebenar PMR 2004-2009
@Analisis statistik soalan dan tajuk-tajuk matematik yang lepas-lepas
@Motivasi Teknik mempelajari Matematik berkesan

maklumat lanjut sila KLIK DISINI
(buat sementara waktu guna link ini http://nicepro.info/maths-catch.com/)

PAKEJ 4:Matematik UPSR (Mathematics UPSR)
@4 SET KERTAS SOALAN RAMALAN MATEMATIK T 2010 (edisi Tempur, edisi Kristal,edisi Gempur daerah dan Edisi gempur Negeri)
Percuma
@7 Set Kertas Soalan Peperiksaan Sebenar UPSR 2001-2009

@Analisis statistik soalan dan tajuk-tajuk matematik yang lepas-lepas
@Motivasi Teknik mempelajari Matematik berkesan

maklumat lanjut sila KLIK DISINI
(buat sementara waktu guna link ini http://nicepro.info/maths-catch.com/)

ANda boleh dapatkan seblum promosi ditamatkan.ini kerana kesemua pakej ini adalah edisi terhad..

Siri Motivasi:Adi Putra Genius Matematik Terbilang Negara

Adi Putra adalah seorang kanak-kanak genius dalam bidang matematik..


==============
Biodata Adi Putra
==============
Nama : Adi Putra bin Abd Ghani
T/Lahir : 27hb Januari 1999
Umur : 8 tahun
Belajar : Sedang mengikuti program A-Level
Kolej Matrikulasi,
UIA Malaysia,
Petaling Jaya.
Cita-cita : Professor Matematik Islam
Idola : Prof. Dato’ Dr Ismail b. Md Salleh
Impian : Bila besar nanti, insyaAllah,

  • Adi akan cipta sebuah komputer canggih yang boleh bercakap untuk orang buta dan Adi akan hadiahkan kepada idola Adi.
  • Adi akan cipta satelit bumi dan angkasa untuk kegunaan negara-negara Islam sahaja dengan menggunakan password Al-Quran.


==============
Tentang Adi Putra
==============
“OTAK Adi Putra adalah pemberian Allah”. Itulah kata-kata yang diucapkan sendiri oleh kanak-kanak pintar, Adi Putra Abdul Ghani yang baru berusia enam tahun dan bercita-cita menjadi seorang profesor matematik Islam.

Adi Putra yang suka makan roti bersama minuman bercoklat serta aiskrim, mempunyai kebolehan luar biasa untuk menyelesaikan pelbagai masalah dalam mata pelajaran matematik peringkat sekolah menengah termasuk algebra, indeks dan trigonometri.

Kebolehan menjawab soalan matematik tambahan secara congak dengan tepat dan menerangkan bagaimana beliau memperoleh jawapan berkenaan menggunakan formula sifir dan logik tersendiri, juga meyakinkan.

Penulis yang mempunyai sedikit latar belakang dalam matematik tambahan, terasa kagum melihat keupayaan seorang kanak-kanak yang tidak mempunyai pendidikan formal matematik seperti Adi mampu menyelesaikan soalan seperti 30.80 – 2 7/10-3 2/100 = 25.08 atau 1/16 = 0.0625 atau (3/4) kuasa dua – punca kuasa tiga 125 = -4 7/16 secara congak.

Adi menyelesaikan soalan itu kurang daripada sesaat kerana anak genius ini memberikan jawapan secara spontan sebaik melihat soalan yang diberikan bapanya, Abdul Ghani Wahid.

Siapa sangka keunikan kanak-kanak berasal dari pekan kecil seperti Bagan Serai itu akan mendapat perhatian pelbagai pihak termasuk tawaran Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang membantu menggilap kebolehannya menerusi kepakaran yang ada di universiti itu.

Ramai berpendapat kepintaran kanak-kanak yang belum bersekolah ini tidak boleh disia-siakan dan harus diberikan perhatian dan bimbingan terbaik bagi mengenal pasti potensi akliah atau IQ dan tahap kepintarannya.

Ogos lalu, Berita Harian melaporkan kehebatan Adi Putra dengan mudah mengalahkan 19 guru serta 230 pelajar Tahun Satu hingga Enam dalam ujian kepintaran minda di Sekolah Kebangsaan Kuala Kurau Baru dekat Bagan Serai.

Dalam ujian itu, Adi Putra dengan pantas menjawab tepat sehingga membuatkan guru tertanya-tanya mengenai formula sifir dan logik menjawab soalan yang diberi secara rawak.

Kanak-kanak itu juga mampu menyelesaikan pelbagai soalan matematik peringkat sekolah menengah dan mengenal dengan mudah angka trilion (15 angka).

Kebiasaannya, Adi Putra hanya mengambil masa kurang satu minit bagi menjawab soalan asas matematik manakala bagi soalan peringkat sekolah menengah serta asas universiti, kanak-kanak itu mampu menyelesaikannya kurang lima minit dengan hanya menggunakan jari dan kekuatan ingatannya.

Adi juga menghadiri majlis motivasi anjuran pelbagai pihak dan sehingga kini sudah menerima 26 sijil penghargaan, termasuk diiktiraf sebagai pakar motivasi daripada Majlis Guru Besar Daerah Larut, Matang dan Selama.

Kepintarannya juga menyebabkan ada sekolah rendah dan menengah mengundangnya untuk memberi motivasi, selain dua institusi pengajian tinggi seperti Politeknik Tanjung Malim dan Universiti Sains Malaysia (USM).

Persoalannya ialah bagaimana kanak-kanak berusia enam tahun dan ketinggian tiga kaki setengah ini mempunyai kemampuan luar biasa itu? Apakah kesan dididik dengan formula khusus oleh ibu bapanya atau ia memang satu keistimewaan pemberian Ilahi.

Dalam pertemuan dengan Berita Minggu, memang terasa kebolehannya adalah pemberian Tuhan dan Adi Putra mungkin satu dalam sejuta yang memiliki kecerdasan akliah seperti itu.

Bapanya yang lebih awal mengenal pasti keistimewaan anaknya menanam pelbagai usaha menguji sendiri tahap kecerdasannya dengan membimbing dan mengajar asas matematik pada usia Adi Putra seawal tiga tahun yang kemudian mendapati kebolehan anaknya melebihi kanak-kanak biasa.

Abdul Ghani yang berasal dari Terengganu, sebelum ini juga pernah memberitahu kepintaran anak bongsunya itu dikesan sejak berusia empat tahun apabila Adi Putra berjaya menyelesaikan masalah matematik abangnya, Amirul Izuan, 10, yang ketika itu di Tahun Dua.

Beliau yang kini bertugas sebagai Juruteknik Tenaga Nasional Berhad di Bagan Serai, berkata, anaknya mempunyai hasrat mahu menjadi seorang pakar matematik Islam di samping menjadi seorang yang tahfiz al-Quran.

Menurutnya, beliau dan isterinya, Serihana Alias, 30, mendapat pelbagai jenis petanda sebelum kelahiran Adi Putra. Pada masa itu mereka tidak tahu apakah yang dimaksudkan tanda luar biasa yang mereka dapat itu.

Beliau teringin sangat menamakan anaknya Adi Putra dan setelah menjalankan sedikit kajian Abd Ghani mendapati “Adi Putra” adalah nama kepada Tok Guru Silat kepada pahlawan dalam sejarah iaitu Melayu Hang Tuah.

“Pada waktu itu kami juga tidak membuat imbasan untuk melihat jantina anak kami. Kemudian saya bertanyakan kepada seorang yang berkemahiran dalam ilmu mistik, bolehkah saya menamakan anak saya Adi Putra.

“Orang itu berkata nama itu keras dan anak yang diberikan akan menangis tiga hari tiga malam jika tidak serasi dengannya dan perkara itu tidak berlaku kepada Adi Putra.

“Tidak pula saya sangka akan mendapat anak lelaki kerana saya benar-benar teringin menamakannya Adi Putra… mungkin sebab itu dia suka bermain pedang jika ternampak kayu,” katanya sambil ketawa.

Abdul Ghani berkata, orang itu juga telah meminta isteri saya supaya membaca al-Quran sepanjang mengandungkan anak ketiganya.

Ibunya, Serihana berkata, dia gemar membaca surah Maryam, Yusuf dan Luqman sebagai amalan harian ketika waktu lapang ketika mengandungkannya.

Serihana berkata, dia juga tidak dapat melupakan peristiwa bermimpi melihat sebutir berlian di langit, hasil gabungan lima bintang yang cukup terang dan bersinar ketika berusia belasan tahun iaitu sebelum berkahwin dengan Abdul Ghani.

“Pancaran sinar itu cukup kuat sehingga seperti melekat pada muka saya, sejak mimpi itu saya sentiasa tertanya-tanya maksudnya dan hari ini saya rasakan ia ada kaitan dengan kelahiran Adi Putra.

“Mengandungkannya tidak sama seperti mengandungkan dua anak yang lain. Naluri untuk mengaji dan membaca tiga surah berkenaan lebih kuat. Kalau hari ini saya membaca surah Maryam berulang-ulang kali, keesokannya pula saya membaca surah Yusuf dan Luqman,” kata.

Bagaimanapun, Serihana yang mendirikan rumah tangga dengan Abdul Ghani sewaktu berusia 18 tahun, berkata amalan membaca al-Quran ketika mengandung sudah menjadi kebiasaan kepada dirinya.

“Ketika mengandungkan dua anak yang lain iaitu Amirul Izuan, 10, dan Seri Amelia, 8, saya tidak menumpukan kepada tiga surah saja, sebaliknya akan membaca keseluruhan surah dalam al-Quran,” katanya yang pernah menjadi guru sandaran di Sekolah Menengah Slim River, Perak, selama lima tahun.

Adi Putra dikatakan adalah seorang kanak-kanak yang pelik yang tidur hanya selepas jam 4 pagi dan banyak menggunakan masanya awal paginya antara jam 12 hingga 4 pagi cuba menyelesaikan masalah matematik yang diberikan bapanya.

“Dia memang aktif selepas jam 12 malam, bermain dan menjawab soalan yang disediakan bapanya. Tetapi dia tidak akan menjawab soalan itu di hadapan kami kecuali kami memintanya menerangkan bagaimana dia memperoleh jawapan itu.

“Dia jarang makan nasi dan tidak makan kuning telur. Sifatnya juga tidak seperti kanak-kanak lain. Dia juga tidak suka makan organ dalaman haiwan seperti hati atau limpa dan waktu tidurnya pula terhad jam 4 pagi hingga 10 pagi jika tiada kelas tuisyen.

“Kami mengajar Adi Putra mengenali angka 1-100 ketika berusia dua hingga tiga tahun dengan menggunakan makanan seperti gula-gula berwarna.

“Sambil dia mengira gula-gula itu dia juga mengenal warna. Dia juga seorang yang jujur, jika dia mahukan aiskrim 20 sen, 20 sen yang digunakan walaupun diberikan RM1,” katanya.

Serihana yang bangga dengan pencapaian anaknya, berkata Adi Putra juga berbeza daripada adik beradik yang lain kerana mempunyai rasa hormat dan budi pekerti tinggi ketika bersama ibu bapanya.

Adi Putra bukan seorang kanak-kanak yang suka menunjukkan kebolehannya kepada orang lain malah seorang pemalu. Kanak-kanak ini juga dididik penuh kasih sayang dan sangat manja bersama kedua ibu bapanya.

“Dia tidak pernah lupa mengucapkan `terima kasih pak’ walaupun berkongsi segelas air oren bersama bapanya. Kami tidak ajar atau memaksanya bersifat sedemikian kerana itu memang cara dia.

“Kadang-kala kami juga kagum dengan kebolehannya sehingga kami terpaksa memujuknya mengajarkan kepada kami. Kami perlu faham dulu cara dia menyelesaikan masalah matematik sebelum mengajarkan kepada orang lain,” katanya.

Kanak-kanak genius ini juga tidak bangga dengan kebolehannya yang sejak kebelakangan ini mendapat perhatian meluas daripada media atau pihak tertentu yang mahu beliau bekerja bersamanya serta bantu membimbingnya.

Malah, bapanya sendiri mengakui anak bongsunya itu pelik apabila mendapati dia turut menanam azam tinggi untuk menabur bakti seperti idolanya iaitu Naib Canselor Kolej Universiti Teknologi Antarabangsa Twintech, Prof Datuk Dr Ismail Md Salleh.

“Adi nak jadi pandai seperti Prof Dr Ismail, kerana dia pandai walaupun dia buta,” kata Adi Putra.

Banyak lagi hendak dikatakan mengenai Adi Putra, mungkin bapa kepada kanak-kanak istimewa yang dianugerahi bakat ini sendiri dapat menceritakan mengenai kehebatan dan kepintarannya.

Info Terkini

Kertas Soalan Ramalan Matematik bermutu tinggi 2010 UPSR,PMR ,SPM (Maths & Add Maths) keluaran Maths Catch.com akan dikeluarkan pada 14 February 2010 nanti....maklumat lanjut

lihat disini www.maths-catch.com

Semakan Tawaran MRSM T1 &T4 2010

SEMAKAN TAWARAN
MRSM T1 & T4 2010
mulai :: 1 Februari, 2010 |
Pendaftaran - 18/1 (Ulul Albab); 17/2 (lain2 MRSM)
Terus Ke Laman Semakan Online - TING. SATU
Terus Ke Laman Semakan Online - TING. EMPAT
MAKLUMAT LANJUT.. 1 | 2..

Letak Iklan anda disini RM50 sebulan.1 Kekosongan sahaja lagi

BENGKEL PECUTAN AWAL 2012

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates