Follow by Email

Kongsikan Bersama rakan!

"Bengkel Khas Pecutan Akhir Dan Teknik Menjawab Maths 2013"

Pertandingan Olimpiad Matematik Kebangsaan (OMK) 2011

Salam

Kepada semua.Sudah lama saya tidak update blog ini.Dikesempatan masa terluang ini saya ingin mewar-warkan info penting buat anda semua berkenaan Pertandingan Kuiz Matematik Peringkat Kebangsaan atau dikenali sebagai Pertandingan Olimpiad Matematik Kebangsaan (OMK) 2011 .Untuk Pengetahuan anda pertandingan ini terbuka kepada anda semua pelajar-pelajar sekolah di Malaysia.Maklumat lanjut sila lihat surat hebahan dibawah.




Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA)
(Malaysian Mathematical Sciences Society)
Penyelaras
Olimpiad Matematik Kebangsaan (OMK)
d/a Jabatan Matematik, Fakulti Sains
Universiti Teknologi Malaysia
81310 UTM Johor Bahru, Johor
Tel: 07-5534275 Faks: 07-5566162 Mel-e: normuhainiah@utm.myAlamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus memampukan JavaScript untuk melihatnya

Pengetua/Pengarah
18 Januari 2011
Sekolah/Kolej

Tuan/Puan,

Pertandingan Olimpiad Matematik Kebangsaan (OMK) 2011

Sukacita dimaklumkan bahawa pertandingan Olimpiad Matematik Kebangsaan
(OMK) yang merupakan aktiviti tahunan kelolaan Persatuan Sains Matematik
Malaysia (PERSAMA) akan diadakan pada 18 Jun 2011 (Sabtu)
jam 10:00 pagi – 12:30 tengahari di beberapa pusat pertandingan
seluruh Malaysia. Seperti biasa, pertandingan ini terdiri daripada
tiga (3) kategori iaitu:

Kategori Bongsu (untuk Tingkatan 1 dan 2)
Kategori Muda (untuk Tingkatan 3 dan 4)
Kategori Sulong (untuk Tingkatan 5, 6 / Matrikulasi / yang setara dengannya)

Mulai tahun 2010, pusat penyelarasan OMK adalah di Universiti Teknologi
Malaysia (UTM) Johor Bahru, Johor dengan alamat surat menyurat, dan
maklumat lainnya seperti di atas. Walau bagaimanapun, pusat pertandingan
OMK 2011 masih lagi mengikut format tahun-tahun sebelumnya, iaitu
peserta-peserta OMK 2011 akan menduduki pertandingan OMK 2011 di negeri
masing-masing. Maklumat terperinci tentang pusat pertandingan akan
dimaklumkan di laman web PERSAMA selewat-lewatnya 2 minggu sebelum
tarikh pertandingan.

Untuk makluman, seramai 40 orang peserta OMK yang memperolehi pencapaian
cemerlang akan disenarai pendek dan dipilih untuk menyertai Kem-kem
Intensif IMO (International Mathematical Olympiad) kendalian pihak
PERSAMA. IMO merupakan satu pertandingan matematik yang paling
berprestij di dunia yang telah dianjurkan secara tahunan sejak tahun
1959. Di akhir kem intensif tersebut, seramai enam orang pelajar akan
mewakili Malaysia dalam pertandingan IMO.

Berikut merupakan beberapa makluman berkaitan OMK 2011.

a) Yuran Penyertaan OMK2011

Untuk makluman,OMK adalah pertandingan berkumpulan. Bilangan peserta
bagi setiap kumpulan adalah 4 orang, manakala bilangan kumpulan adalah
tidak terhad. Berikut adalah yuran penyertaan bagi OMK 2011.

Bagi sekolah yang menjadi Ahli Institusi Persama
Pasukan pertama : RM 32.00
Pasukan berikutnya : RM 44.00

Bagi sekolah yang bukan Ahli Institusi Persama
RM 100.00 bagi setiap pasukan.

(Tuan/Puan boleh memohon untuk menjadi Ahli Institusi Persama dengan
yuran sebanyak RM50.00 dan sekaligus menyertai pertandingan ini dengan
kadar bayaran Ahli Institusi Persama)

b) Pendaftaran OMK 2011

Pendaftaran dan penyertaan sekolah/kolej hendaklah dibuat secara “online”
di laman web http://persama.org.my.

Pendaftaran pasukan-pasukan sekolah/kolej tuan/puan boleh dilakukan melalui
laman web tersebut dengan cara berikut:

1. Daftar Masuk laman web ini dengan menggunakan Login ID dan Kata Kunci.
Jika belum mempunyai Login ID dan Kata Kunci, sila klik butang “Daftar”
terlebih dahulu (setelah berdaftar, sila simpan Login ID dan Kata Kunci
yang sama untuk kegunaan seterusnya). Login ID dan Kata Kunci yang telah
digunakan sebelum ini masih boleh diguna semula.
2. Lengkapkan Borang Pendaftaran OMK di laman web ini. Lengkapkan maklumat
sekolah, guru pengiring, bilangan pasukan, maklumat peserta dan lain-lain.
3. Cetak Borang Bayaran OMK. Lengkapkan borang bayaran tersebut dan hantarkan
borang tersebut bersama bayaran lengkap kepada Penyelaras OMK 2011 seperti
alamat di atas.

c) Tarikh Tutup Pendaftaran OMK 2011

Pendaftaran penyertaan lengkap secara “online” beserta pembayaran yuran
penyertaan hendaklah dilakukan selewat-lewatnya pada 9 Mei 2011. Aplikasi
pendaftaran akan ditutup selepas 9 Mei 2011.

Tuan/puan juga boleh mendapatkan maklumat lengkap mengenai OMK 2011 melalui
laman web rasmi PERSAMA seperti berikut: http://persama.org.my. Klik di
bahagian “Info OMK 2011” (bahagian sebelah kiri laman web), dan klik pada
bahagian “Surat Hebahan OMK 2011” untuk maklumat seterusnya, serta klik pada
bahagian “Maklumat Lanjut OMK” untuk maklumat lanjut. Segala maklumat lain
berkenaan OMK boleh didapati melalui laman web tersebut dan ia akan dikemas
kini dari masa ke semasa.

Bagi menjana satu generasi yang berdaya matematik untuk menyahut cabaran
sains dan teknologi dalam milenium ini, aktiviti ke arah pencapaian matematik
yang lebih tinggi wajarlah disambut dengan penuh semangat. Justeru itu,
PERSAMA amat mengalu-alukan penyertaan pelajar-pelajar dari sekolah/kolej
tuan/puan. Setiap pelajar akan diberi sijil penyertaan.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

(Dr. Nor Muhainiah Mohd Ali)
Penyelaras Olimpiad Matematik Kebangsaan 2011
b/p Presiden PERSAMA
d/a Jabatan Matematik, Fakulti Sains
Universiti Teknologi Malaysia
81310 UTM Johor Bahru, Johor
Tel: 07-5534275 / 019-7066939

Maklumat lanjut Pertandingan Klik Disini

Keputusan OMK 2010 Klik Disini

Kredit : Blog Tips Peperiksaan UPSR PMR SPM

0 comments:

Post a Comment

Sila Berikan Komen Anda Disini

Letak Iklan anda disini RM50 sebulan.1 Kekosongan sahaja lagi

BENGKEL PECUTAN AWAL 2012

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates