Akibat suka bertangguh


BIJAK dan cepat membuat keputusan akan membantu meningkatkan pencapaian akademi. - Gambar hiasan.



PENANGGUHAN kerja sering kali berlaku kerana kita tidak membuat keputusan berhubung sesuatu perkara.

Apabila berhadapan dengan sesuatu masalah, kita mengelakkan diri daripada membuat keputusan dan ini akan menyebabkan masalah tersebut terus tergantung atau tertangguh.

Natijahnya ialah masalah yang baru muncul, dan ini juga tertangguh kerana kesukaran membuat keputusan.

Menerajui diri bermakna membuat keputusan secepat yang mungkin.

Sudah tentulah keputusan dibuat dengan menimbangkan segala kemungkinan yang ada dan pemilihan alternatif yang terbaik.

Selalunya, manusia takut membuat keputusan kerana bimbang kalau keputusan itu tersalah atau tersilap.

Jika keputusan yang dibuat silap, mungkin ada jalan memperbaikinya dan tidak mengulangi kesilapan itu lagi.

Walau bagaimanapun, jika dipertimbangkan, maka jarang-jarang keputusan itu boleh menimbulkan kesilapan atau kesalahan besar.

Sebaliknya, jika pelajar tidak membuat keputusan, maka keadaan akan menjadi bertambah buruk.

Masalah itu akan terus wujud dan tidak bergerak. Malah, mungkin masalah baru akan timbul dan terus bertimbun.

Lebih teruk lagi ialah ada pelajar yang membuat keputusan, tetapi keputusan itu ialah tidak mahu membuat tindakan.

Jika sesuatu keputusan itu silap, buat satu lagi keputusan.

2 comments:

  1. Anonymous13/7/13

    Betul tu. Saya setuju sepenuhnya...

    ReplyDelete
  2. Anonymous13/7/13

    Kata orang tua, kerja bertangguh ni tak terhabis. Hehehe.... so jgn tangguhkan kerja. Kerja hari ni siapkan hari ni juga ye.

    ReplyDelete

Sila Berikan Komen Anda Disini

Letak Iklan anda disini RM50 sebulan.1 Kekosongan sahaja lagi