Follow by Email

Maths Catch Centre

Maths Catch Centre

Aplikasi & integrasi TMK dalam pendidikan

SANTAPAN MINDA Oleh Dr. Ismail Zain

Bahagian 1

PERKEMBANGAN Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) telah membawa kemajuan dalam pelbagai bidang kehidupan. Sejak terlancarnya tujuh projek perdana dalam bidang TMK, inovasi telah berlaku dalam segala bentuk urusan sama ada urusan perniagaan ataupun pentadbiran. Hal ini tidak termasuk perkembangan yang berlaku dalam bidang perubatan, pertanian, hiburan dan lain-lain lagi yang berjalan dengan pesat sekali.

Segenap lapisan masyarakat termasuk masyarakat orang Asli sudah sedar betapa mudah dan menguntungkan penggunaan kaedah e-dagang yang mampu mengurus hasilan jualan mereka hanya di hujung jari.

Penggunaan Internet dapat dijalankan dengan begitu luas sekali menggunakan kemudahan jalur lebar tanpa wayar hingga terlancarnya “kampung wifi” yang mampu memberi kemudahan kepada masyarakat di luar bandar.

Sehubungan itu, apakah pula perkembangan TMK dalam bidang pendidikan? Sejauh manakah pelanggan kita iaitu murid-murid sekolah mendapat faedah hasil daripada perkembangan TMK ini? Atau kita sekadar berbangga dengan segala bentuk kemudahan fizikal yang dibekalkan seperti makmal atau bilik komputer yang lengkap dengan perkakasannya serta peralatan lain yang canggih seperti papan interaktif, e-buku dan sebagainya yang memakan belanja jutaan ringgit. Apakah kita hanya berbangga kerana kita mampu mengendalikan alatan seperti projektor LCD, mengaplikasikan segala bentuk perisian yang terdapat di pasaran?

Pada saya TMK bukan hanya mampu diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) melalui perkakasan dan perisian yang canggih sahaja tetapi harus mampu diintegrasikan dalam sistem penyampaian secara kreatif.

Justeru gabungan ilmu amat diperlukan untuk meneroka potensi setiap media pengajaran (instructional media) untuk disesuaikan dengan alat pengajaran (instructional tools) iaitu kaedah, teknik dan aktiviti P&P serta menggunakan alat pemikir (thinking tools) untuk menjana pemikiran pelajar yang kritis dan kreatif mengikut pemeringkatan domain pembelajaran yang dicadangkan oleh Blooms yang kebiasaannya digunakan dalam sistem pendidikan kita.

Perancangan setiap unit pembelajaran itu harus disesuaikan pula dengan profil dimensi psikologi pelajar seperti kepelbagaian kecerdasan, gaya belajar agar segala bentuk kemahiran dan penerapan nilai-nilai murni dalam hasilan pembelajarannya dapat dicapai.

Mari kita renungi beberapa rumusan tentang ruang lingkup teknologi pendidikan yang harus dimainkan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Most people think of technology as simply a tool. Yes, technology is a tool, but the term "technology" is actually defined as applied knowledge. ……..

Educational technology is a process of using our knowledge, which includes the body of knowledge in the entire field of education and any pertinent scientific and technical knowledge in all other disciplines, for designing the most appropriate learning environment for student success.

Educational technology is the study and ethical practice of facilitating learning and improving performance by creating, using, and managing appropriate technological processes and resources. (AECT, 2004).

Bersambung……

Kredit : ADAP

1 comments:

Anonymous said...

We are a bunch of volunteers and opening a new scheme in our community.
Your site offered us with useful information to work on.
You've performed an impressive process and our entire group will likely be grateful to you.

My site ... earn money uploading videos

Post a Comment

Sila Berikan Komen Anda Disini

Letak Iklan anda disini RM50 sebulan.1 Kekosongan sahaja lagi

BENGKEL PECUTAN AWAL 2012

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates