Kepelbagaian Kemahiran (bahagian 2)

KEMAHIRAN berfikir dan menyelesaikan masalah: Kemahiran ini amat penting dan ia akan menjadi daya penggerak kepada minda yang kritis dan kreatif. Kreativiti adalah hasil daya intelek yang amat tinggi nilainya. Kreativiti akan mencetuskan inovasi.

“……..creativity is the act of turning new and imaginative ideas into reality. Creativity involves two processes: thinking, then producing. Innovation is the production or implementation of an idea……?. (http://www.creativityatwork.com/index.htm)

Negara memerlukan rakyatnya membuat inovasi dalam pelbagai bidang. Inovasi akan meletakkan kita sebagai peneraju dalam sesuatu bidang dan akan menjadi tumpuan dunia. Pelajar harus dilatih untuk membuat inovasi sejak di bangku sekolah lagi. Inovasi melibatkan penyelidikan untuk mencari satu mekanisme yang mantap untuk mencipta sesuatu hasilan.

Oleh itu dalam ruang lingkup pengajaran dan pembelajaran pelajar harus didedahkan dengan kaedah pelajaran yang memerlukan penyelidikan seperti mencari maklumat, menganalisis maklumat dan seterusnya mengaplikasi dan menilai maklumat itu dalam satu situasi yang baru. Dalam proses ini pelajar harus digalakkan berfikir secara meluas iaitu berfikir di luar kotak di mana ianya tidak dihadkan dalam satu-satu situasi sahaja tetapi masih bersandarkan kepada sesuatu objektif dan hasilan pembelajaran. Untuk mencapai matlamat ini guru-guru harus menyediakan perancangan yang rapi yang melibatkan kaedah, teknik dalam saluran media yang tertentu agar proses pembelajaran dapat dijalankan secara lebih dinamik dan tidaklah terlalu konvensional.

Pelajar juga harus memainkan peranan yang penting untuk menjana minda yang kreatif. Pelajar harus banyak membuat rujukan sendiri sama ada dalam bentuk bercetak atau dari media elektronik termasuk komputer.

Setiap masalah yang dihadapi tidak seharusnya terlalu cepat untuk mendapat bantuan guru tetapi harus berfikir dahulu untuk menyelesaikannya. Cara ini mampu menggalakkan minda kita berfikir, mencari alternatif penyelesaian dan akhirnya tercipta idea untuk dilaksanakan. Inilah salah satu inovasi dalam proses pembelajaran.

Kredit : ADAP

No comments:

Post a Comment

Sila Berikan Komen Anda Disini

Letak Iklan anda disini RM50 sebulan.1 Kekosongan sahaja lagi