Follow by Email

Maths Catch Centre

Maths Catch Centre

Soalan Popular SEJARAH SPM 2011 - Tema 7

Untuk Tema 7, Soalan SPM akan merangkumi bab 1, Bab 2 dan bab3 Tingkatan 4, SPM 2010, soalan dari bab 1 keluar utk soalan SPM. Untuk target SPM 2011 Target kepada bab 2 ( Tajuk yang diberikan di bawah ialah tajuk bab 2 ting 4 yang terdapat dalam tema 7

Soalan 1

Namakan sebuah negara kota yang paling menonjol di Yunani.

Athens

Sparta

Corinth

Berikan dua ciri polis yang terdapat di Yunani.

Institusi politik yang merdeka

Jumlah penduduknya kecil (Athens mempunyai 40,000 orang penduduk)

Terbentuk hasil gabungan beberapa buah kampung dan bandar

Mengandungi sebuah kota

Kawasan pertanian di luar kota

Di dalam polis terdapat pasar, kubu, kuil dan istana

Mempunyai acropolis (kawasan tertinggi yang menempatkan bangunan kerajaan dan keagamaan

Mempunyai agora (tempat pertemuan/ mesyuarat rakyat / pusat ekonomi)

Nyatakan bentuk sistem pemerintahan yang diamalkan di Yunani sebelum sistem pemerintahan Demokrasi di perkenalkan.

Monarki

Oligarki

Aristokrasi

Diktator / tirani

Apakah sumbangan tamadun Yunani kepada peradaban dunia hari ini ?

Sistem pemerintahan berbentuk Demokrasi

Rakyat terlibat dalam membuat keputusan politik

Rakyat membentuk kerajaan rakyat

Lahir tokoh ilmuan seperti Pythagoras, Hippocrates, Archimedes dan Ptolemy

Lahir ahli falsafah terkenal iaituHeredotus, Socrates, Aristotle dan Plato

Lahir Sejarawan seperti Thucydides dan Herodotus

Lahir pemikir sains dan teknologi seperti Thales, Anaximander, Heraclitus dan Anaxogaras

Tumbuh banyak sekolah falsafah

Perkembangan dalam bidang pendidikan yang seimbangkan Rohani dan Jasmani

Pengenalan sukan Olimpik

Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, mengapakah pemerintahan sistem Demokrasi diamalkan di negara kita ?

Kerajaan ditadbir oleh wakil yang dipilih oleh rakyat

Rakyat menjadi wakil dalam pentadbiran

Pemerintah dipilih melalui undian / pilihan raya

Rakyat terlibat dalam membentuk kerajaan

Wakil rakyat menganggotai Dewan Rakyat /parlimen

Mana-mana yang munasabah

Soalan 2

Namakan dua orang pendakwah yang menyebar Islam di Asia Tenggara

Syeikh Ismail

Fakir Muhamad

Syarif Amir Sayyid al-Syirazi

Tajuddin al-Asfahani

Syeikh Abdul Aziz

Maulana Abu Bakar

Maulana Yusof

Apakah sifat yang dimiliki oleh pendakwah ?

Peribadi yang baik

Jujur

Lemah lembut

Jelaskan peranan ulama dalam menyebarkan Islam di Melaka

Mengajar perkara asas tentang Islam

Mengajar secara tidak formal

Mengajar secara formal

Menggunakan masjid / istana / rumah sebagai tempat mempelajari Islam

peringkat awal

Pusat pendidikan berkembang ke pondok / pasentren

Nyatakan cara Wali Songo berdakwah di Jawa

Menimbulkan kesedaran

Menanam semangat maksud bekerja

Menanam semangat beramal

Berusaha menghapuskan pengangguran

Mengikis sifat malas

Elak hidup secara mewah

Mengelakkan pembaziran

Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, mengapakah Islam boleh tersebar dengan mudah di Asia Tenggara ?

Nilai-nilai Islam yang baik

Dilakukan dengan bijaksana

Sikap terbuka para pendakwah

Pendakwah tidak prajudis

Mana-mana yang munasabah


kredit utk cikgu Zamri Talib

3 comments:

Cik Anno said...

thanks sudi share

daus said...

btul2 masuk ke spm 2011 nie??

Anonymous said...

ini kah keluar soalan sejarah spm 2011 ? betul kah ?

Post a Comment

Sila Berikan Komen Anda Disini

Letak Iklan anda disini RM50 sebulan.1 Kekosongan sahaja lagi

BENGKEL PECUTAN AWAL 2012

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates