Guru Kerja 9 Jam Mulai Tahun 2012 ?Wajar?

Kebanyakan manusia lebih selesa berada pada 'comfort zone' mereka. Maka sudah menjadi lumrah manusia untuk menolak pembaharuan apatah lagi jika pembaharuan itu dilihat bakal mengganggu zon selesa tadi. Oleh itu, tidak hairanlah jika tindakbalas terhadap pembaharuan yang dicadangkan tersebut adalah seperti yang tertera di atas.


Apapun, sebagai golongan yang rasional (profesional?), Guru tidak sepatutnya terlalu emosional ketika meluahkan pandangan Perkara ini akan dilaksanakan (diuji )di sekolah-sekolah perintis selama enam bulan. Jika maklumbalas daripada sekolah-sekolah itu menyokong pembaharuan itu, guru sebagai pelaksana dasar perlu menerimanya seperti mana guru "terpaksa" menerima dasar-dasar yang sebelumnya.


Selamat bercuti kepada warga pendidikan yang bakal bercuti sempena cuti hujung tahun nanti.

Kalau boleh bercuti.......isi SSPBS belum habis lagi...........persediaan untuk tahun 2012........rancangan...bertugas semasa cuti......dan di bawah ni pula "unnecessary"(emotional?) guru di sekolah SKM.......

Suatu Catatan bagi SEORANG GURU BIASA .

1. Menulis rancangan mengajar
2. Menanda kedatangan murid/pelajar
3. Menanda buku kerja murid. 1 murid = 3 buah buku 1 kelas = 45 orang murid Jumlah Buku bagi 1 kelas = 135 Buah buku Seorang guru akan mengajar sekurang-k...urangnya 5 kelas > 5 X 135 = 675 Buah buku.
4. Menghadiri/ mengendalikan pelbagai jenis mesyuarat - Mesyuarat JKK sekolah - Mesyuarat Guru - Mesyuarat Sukan - Mesyuarat Panitia seorang guru mungkin ada 2 panitia - Mesyuarat PIBG - Mesyuarat Kelab Guru - Mesyuarat Kokurikulum - Mesyuarat Program lebih dari 6 program anjuran sekolah Hari Guru Maulidur Rasul Maal Hijrah Kemerdekaan Bulan Bahasa Hari Anugerah Sekolah Selamat
5. Aktiviti kokurikulum, kadang-kadang seorang guru bertanggungjawab terhadap 2 unit - Perjumpaan unit uniform kekadang hadir Sabtu - Perjumpaan permainan tambah untuk pertandingan pulak - Perjumpaan persatuan / kelab - Latihan rumah sukan setiap minggu
6. Menghadiri pelbagai jenis kursus dalaman / luaran
7. Mengisi pelbagai jenis borang. Borang keluar masuk & buku keluar masuk Borang emis / hrmis/ label Buku Hadir Kursus / balik dari kursus Borang Fleksi PMR / SPM Borang kehadiran murid ke kelas fleksi Buku Pemantauan / salah laku murid Buku catatan relief guru Buku tugasan mingguan Laporan mingguan Laporan keceriaan Borang menghantar dan mengambil kertas peperiksaan selepas mengawas peperiksaan Buku Kokurikulum murid Borang permarkahan kokurikulum
7. Menghantar murid ke Klinik
8. Mengisi maklumat murid di dalam file peribadi
9. Menceriakan bilik darjah selalunya duit poket sendiri
10. Mengisi markah ujian/ peperiksaan
11. Mengisi data murid SMM
12. Menangani masalah disiplin murid / pelajar
13. memasukkan data disiplin di dalam e-disiplin
14. Melayani karenah Ibu Bapa / penjaga
15. Mengecat sekolah
16. Membersihkan bilik / stor / bilik khas
17. Menganjurkan program-program wajib (Hari terbuka dsb)
18. Menyiapkan program Head Counting
19. Melaksanakan pelan tindakan PPD, JPN (seperti KIA2M, etc)
20 Menyiapkan file gerko, persatuan, kelab dan sebagainya
21. Menghantar murid ke pertandingan atau kejohanan
22. Mengendali masalah / kebajikan murid
23. Menunggu semua murid pulang sebelum guru pulang.
24. Mengadakan kelas tambahan, kelas intensif dan sebagainya
25. Menyediakan Bahan Bantu Mengajar (BBM)
26. Berniaga (jualan hari kantin, etc)
27. Menjaga kebajikan murid / ke rumah murid bermasalah
28. Bekerja lebih masa (menyiapkan pentas, backdrop, banner dsb)
29. Menyediakan kertas peperiksaan / ujian
30. Menanda kertas peperiksaan / ujian. 1 subjek 2 paper – 2 2 x 45 = 90 90 x 5 = 450 kertas
31. Perkembangan staf
32. Mengendalikan perhimpunan murid
33. Gotong-royong kadang2 guru perlu bawa semua alatan

* Terdapat lagi tugasan sebagai seorang guru terutama yang ada tugas khas….. tetapi cukuplah sekadar ini untuk nilaian kita bahawasanya tugas seorang guru amatlah berat. Walaupun kita sering menganggap cikgu cuti banyak dan sebagainya. Tetapi hakikatnya tugas seoran guru amatlah berat. Jarang sekali bagi pekerjaan lain membawa balik kerja-kerja pejabat ke rumah, berbanding guru yang terpaksa menanda buku dan menulis rancangan mengajar sehingga lewat malam. Sungguh besar pengorbanan mereka dalam mendidik anak bangsa kita. SELAMAT BERJUANG SEMUA GURU-GURU HANYA ALLAH SAHAJA YANG DAPAT MEMBALASNYA

6 comments:

  1. Anonymous16/11/11

    ...Pertukaran Menteri Pelajaran / Pendidikan hanya untuk menunujukan " kebijaksanaan " mereka dalam duan , dunia politik.Umum mengetahui Menteri menteri / Orang Politik di Malaysia rata rata terdiri drp mereka yg berlatarbelakangkan Pengajian Sastera- Suatu bidang yg cukup senang untuk belajar malah tiada cabaran hebat ketika belajar di universiti.Maka cara pemikiran mereka juga terlalu senang.Semasa di kampus pernah kah mereka terfikir bagaimana pelajar sains, perubatan, kejuruteraan berhempas pulas dlm pengajian mereka.Tidak heran lah golongan ini bila memegang jawatan kerajaan , dan ketika membuat keputusan ; tidak pernah memikirkan orang lain; Saya bukan seorang guru tetapi meluat dgn kerajaan yg ambil kesempatan atas dasar pengorbanan seorang guru; lebih meluat lagi bila mendengar ucapan Orang Politik termasuk Menteri Pendidikan pada Haru Guru ; menghargai jasa guru konon tapi menuntut pula agar guru guru buat pergorbanan yg bermacam macam seolah seolah kehidupan guru haya berkisah pada sekolah.

    Rakan saya yg bekerja di industri perbankan hanya membuat kerja kerja yg telah ditetapkan ; tiada istilah "membantu " tugasan lain kerana lambat laun " kerja membantu" tu akan dimasukan dlm bidang kerjanya kelak

    Itulah terjadi pada guru guru yg selama ini " membantu tugasan lain" dan menjadi lumrah ,ramai yg telah pun bekarja melewati 9 jam".Sekarang diambil kesempatan oleh kerajaan untuk menetapkan masa kerja menjadi 9 jam dgn alasan selama ini guru guru membantu kerja tanpa menjejaskan tugas harian mereka
    Saya bukan seorang guru tapi malangnya kita mempunyai Menteri / Orang Politik yg tidak berpendidikan matematik / sains ; justeru itu keputusan mereka banyak yg emosional dan tidak rasional

    ReplyDelete
  2. Anonymous16/11/11

    memang patutpun banyak sangat kerajaan manjakan guru

    ReplyDelete
  3. Anonymous16/11/11

    Saya cadangkan supaya semua guru membuat persediaan untuk membeli khemah dan peralatan lain supaya dapat bermalam di kawasan sekolah....

    ReplyDelete
  4. Itu tugas2 guru yg dulu. Skrg ada lagi tambahan tugas guru yg memaksa guru bangun waktu subu untuk masukkan markah. Tugas ini ialah NKRA di mana sistem pemasukan markah secara online seluruh negara. Bayangkan ratusan ribu guru2 masuk ke sistem sistem ini secara online untuk masukkan markah ujian dan peperiksaan sekolah. Akan berlaku perebutan masuk sistem sehingga ada guru yg terpaksa berjaga sehingga subuh semata-mata memasukkan markah. Di tambah lagi satu tugas baru iaitu 1M1S yg baru diperkenalkan oleh Kementerian. Guru yg kaki bangku pun TERPAKSA mengajar pelajar dlm Sukan Permainan melalui 1 Murid 1 Sukan(1M1S). Wajib dilaksanakan ejam setengah seminggu. Laporan setiap aktiviti lain lagi. Laporan bulanan lain lagi...Matilah kerja guru ni

    ReplyDelete
  5. Sebenarnya guru sekarang penjaga anak-anak / pengasuh sehingga ibubapa mereka balik kerja. Kan sekarang nik banyak malapetaka. Kalau anak kat rumah banyak bahana dan merana dan tak terkawal. Jadi guru tiada pilihan mengasuh lah anda samapai umur bersara 60 tahun. Kalau boleh jumaat sabtu pun patut guru mengasuh di sekolah agar ibubapa boleh tidur lena. Sebab itulah sekarang ni ibubapa garang-garang, kalau silap sikit guru dikerjakan mereka, sebab guru hanya pengasuh yang dibayar gaji, Macang orang gaji kat ruamah mereka la.Dunia dah nyanyok. Beratus tahun kerjaya guru macam nilah tapi kini...................

    ReplyDelete
  6. Anonymous19/4/12

    saya cadangkan waktu persekolahan dirombak iaitu bermula pada jam 7.00 pagi di semua sekolah di seluruh MALAYSIA..

    ReplyDelete

Sila Berikan Komen Anda Disini

Letak Iklan anda disini RM50 sebulan.1 Kekosongan sahaja lagi