Follow by Email

Kongsikan Bersama rakan!

"Bengkel Khas Pecutan Akhir Dan Teknik Menjawab Maths 2013"

Atasi rintangan secara berdisiplin


NIKMAT kejayaan lebih bermakna selepas kita berjaya mengatasi segala rintangan. - Gambar hiasan



BERSIKAP positif bukanlah sesenang percakapan. Dalam kehidupan sehari-hari, kita sentiasa menghadapi banyak rintangan tanpa diduga. Kehilangan orang yang dikasihi, menghadapi masalah kewangan ketika kita benar-benar memerlukannya, pertukaran guru yang disayangi, dan pelbagai masalah lain boleh menyebabkan pelajar secara tidak disedari menjadi seorang yang bersifat negatif.

Membina sikap positif boleh dilakukan jika kita membebaskan minda kita daripada perkara-perkara yang rumit.

Melihat sesuatu perkara dalam bentuk yang mudah, menggembirakan dan menyenangkan.

Dalam proses tersebut kita mungkin perlu melakukan pelbagai tindakan yang tegas dan berdisiplin. Antaranya adalah seperti berikut:

1. Tugas utama sebagai pelajar ialah menentukan keputusan yang cemerlang dalam akademik di samping pembangunan diri. Jangan campuradukkan dengan pelbagai perkara yang boleh membawa kepada emosi yang tidak stabil.

2. Rakan yang bersikap negatif. Terdapat dua kemungkinan, sama ada anda dapat mempengaruhi atau anda dipengaruhi oleh mereka. Ada masanya kita perlu menghapuskan perhubungan seumpama ini bagi menjaga sikap positif yang ada pada diri kita.

3. Memastikan keseimbangan antara keperluan rohani dan jasmani. Jangan jadi ulat buku tanpa mengambil kira aspek-aspek lain. Penumpuan pada satu perkara boleh menimbulkan ketegangan mental dan fizikal. Yang lebih penting ialah sikap bersederhana dalam setiap tindakan.

Mengekalkan sikap positif merupakan aspek yang paling penting. Kita mungkin menjadi kecewa apabila rakan-rakan kita bersikap tidak menyokong dalam pergaulan sehari-hari.

Mungkin anda pernah dicop dengan pelbagai label, seperti, sebagai pelajar yang antisosial, `mat belia' atau `tidak rugged' atau mungkin dituduh sebagai pelajar yang kuat mengampu guru atau pensyarah.

Anda tidak perlu melawan atau membalas kalau dilabelkan dengan label yang bersifat negatif. Mungkin cara yang terbaik ialah dengan mencampakkan sikap positif anda kepada mereka.

Sikap yang bersahaja, melihat kata-kata negatif sebagai gurauan dan terus mendampingi mereka sehingga pada satu tahap tertentu memungkinkan mereka untuk berubah.

Banyak kejadian manusia boleh berubah apabila mereka mengenali kita secara lebih dekat.

Kata orang - tak kenal maka tak cinta.

Orang yang bersikap positif biasanya mempunyai lebih ramai kenalan, berbudi bahasa dan dapat melihat kejadian dalam bentuk yang luas dan berbeza. Rakan-rakan kita tentu sekali akan berasa iri hati dengan ketenangan, kesabaran dan kepintaran kita apabila berhadapan dengan sebarang masalah.

Kredit : ADAP

Azam pendorong kejayaan

KEAZAMAN tinggi murid istimewa selebral plasy, Ahmad Faiz Ibrahim telah berjaya membantunya memperoleh 4A IB dalam peperiksaan UPSR di Sekolah Kebangsaan kubang kerian 1, Kota Bharu tahun lalu.


SUDAHKAH anda memasang azam untuk tahun ini. Ada yang sudah, ada yang belum dan ada yang tidak mahu lagi berazam kerana kecewa azamnya selama ini tidak pernah tercapai.

Selain itu, ada juga yang berpegang kepada prinsip tidak perlu menunggu setiap awal tahun untuk berazam. Ia boleh dilakukan bila-bila masa.

Azam, cita-cita atau visi penting untuk semua orang terutamanya kepada anda sebagai murid yang menduduki peperiksaan pada September ini. Mendapat semua A dalam setiap mata pelajaran adalah azam yang baik.

Manakala sebagai individu, anda perlu menanam cita-cita dan merancang arah tuju hidup anda sendiri.

Jika tidak, anda hanya menerima apa sahaja yang diaturkan untuk anda walaupun tidak meminatinya dan jika ini berlaku, sebagai remaja, anda sebenarnya akan kehilangan satu nikmat hidup untuk merasai kegembiraan mencapai apa yang anda idam-idamkan.

Berikut dikemukakan cara-cara yang boleh membantu anda membina azam dan cita-cita:

1. Tetapkan sasaran sebenar

Bagi kanak-kanak, memang agak sukar untuk membayangkan masa depan anda. Bagaimanapun, ini tidak seharusnya menghalang anda untuk merancang masa depan.

Menurut pakar psikologi, anda boleh mulakannya dengan `berangan'. Tetapi ingat, jangan jadi seperti Mat Jenin, berangan kosong. Sebaliknya, angan-angan anda perlu `berisi' dan bermakna.

Jadikan angan-angan anda sebagai sumber inspirasi yang boleh menggerakkan dan memajukan diri sendiri.

Pastinya ramai yang berangan-angan untuk menjadi salah seorang daripada angkasawan negara ataupun negarawan seperti Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Sertakan angan-angan itu dengan usaha-usaha yang setimpal untuk mencapai impian itu.

2. Fokuskan azam anda

Kadang kala ada antara kita yang mempunyai azam dan cita-cita yang terlalu luas dan abstrak sehinggakan tiada fokus dan tidak tahu di mana mahu bermula.

Oleh itu penting untuk anda menjuruskan cita-cita dan azam anda. Ia lebih mudah daripada memikirkan secara umum.

Contohnya cita-cita untuk menjadi tukang masak atau chef terkemuka, adalah terlalu umum. Anda perlu tahu terdapat pelbagai bidang masakan yang boleh anda ceburi seperti kek dan pastri, masakan barat, masakan timur, masakan antarabangsa dan sebagainya. Mana satu kegemaran anda sebenarnya. Tanya diri anda yang mana yang paling anda minat dan fokuskan cita-cita anda kepada yang satu itu.

Gunakan Internet untuk mencari maklumat lanjut mengenainya atau tanya orang yang berpengalaman mengenai bidang ini.

Bagaimana ibu bapa atau guru dapat membantu pelajar berazam?

. Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah mencari makna sebenar atau menghuraikan azam mereka supaya lebih fokus.

. Pelajar perlu diingatkan bahawa apa yang dicita-citakan itu perlulah melibatkan diri mereka sendiri dan bukannya orang lain. Mereka sendiri perlu berusaha untuk mencapainya.

. Untuk memberikan motivasi kepada pelajar supaya lebih yakin dengan azam dan cita-cita mereka, suruh mereka bayangkan diri mereka apabila apa yang dicita-citakan itu tercapai.

. Biarkan mereka gambarkan perasaan dan juga keadaan mereka apabila cita-cita menjadi kenyataan.

. Minta mereka tuliskan cita-cita mereka dan juga minta mereka jawab, apa yang paling membahagiakan mereka apabila cita-cita itu tercapai kelak.

. Minta juga mereka teliti azam dan cita-cita dan lihat di mana boleh dibuat penyesuaian.

. Mungkin cita-cita mereka terlalu ideal dan tidak realistik.


. Sentiasa ingatkan mereka azam dan cita-cita yang tinggi juga memerlukan usaha dan komitmen yang tinggi.


. Bincang dengan mereka mengenai kecerdasan pelbagai untuk memudahkan mereka mengenal pasti di mana kekuatan mereka dan adakah ia selari dengan apa yang diinginkan.

Anda boleh sentiasa merujuk Internet yang mempunyai pelbagai jenis ujian personaliti dan minat yang boleh memberi sedikit idea kepada mereka di mana sebenarnya minat dan kecenderungan mereka


Kredit : ADAP

Atasi mengantuk

Berikut adalah beberapa saranan apabila anda membaca buku-buku pelajaran:

1. Lihat seimbas kesemua muka surat yang anda akan baca. Dapatkan rangka kasar tentang teks yang bakal anda baca. Dapatkan satu gambaran yang menyeluruh terlebih dahulu.

Perhatikan perkara-perkara yang berikut:

* Tajuk-tajuk kecil - dapatkan perkaitan antara satu tajuk dengan tajuk yang lain.

* Rajah-rajah

* Jadual

* Carta

* Peta

2. Baca perenggan bahagian pendahuluannya.

3. Baca perenggan bahagian penutup atau kesimpulannya.

4. Yang terakhir barulah baca ayat demi ayat dan perenggan demi perenggan secara terperinci.

Membaca hanya satu hala. Ramai pelajar yang membaca dan mengharapkan 'input' semata-mata.

Mereka mengharapkan melalui pembacaan setiap maklumat disuap dari buku ke dalam minda.

Proses membaca begini ialah proses sehala dan ia cukup menjemukan dan membosankan.

Anda perlu berinteraksi secara interaktif antara anda dan buku yang dibaca. Untuk menjadikan proses membaca lebih bersifat dua hala anda perlu lakukan perkara yang berikut:

Dapatkan 10 - 20 soalan berkaitan tajuk yang mahu anda baca sebelum anda membaca teksnya. Fahami kehendak soalan ini. Apabila anda membaca kelak anda pasti menemui jawapan kepada soalan dan ini pasti meningkatkan tumpuan dan minat anda.

Sentiasa tanya diri anda sebarang soalan yang bermula dengan Apa? Siapa? Bila? Di mana? Berapa? Kenapa? dan Bagaimana? Ini membuatkan anda sentiasa mencari maklumat bukan sekadar mengharapkan maklumat itu tersedia untuk anda.

Selepas satu perenggan atau satu muka surat, berhenti sejenak.

Tanya diri anda sekali lagi tentang apa yang telah anda ketahui sebentar tadi.

Cuba lakar pada sehelai kertas rajah atau fakta-fakta penting yang anda ketahui.

CUba ceritakan semula pada diri anda apa yang telah anda baca.

Ceritakan dalam suara yang boleh didengar oleh telinga anda sendiri.

Dengan cara ini anda menggunakan bahagian otak yang lain untuk memproses maklumat.

Buat nota ringkas. Jangan sekadar membaca sahaja.

Cuba kenal pasti kata kunci (lihat artikel terdahulu) dan ringkaskan setiap fakta penting ke dalam bentuk nota ringkas.

Dengan melibatkan lebih banyak deria dalam satu-satu proses membaca membuatkan anda rasa seronok.

Dengan membuat nota ringkas anda sebenarnya menggunakan bahagian kinestatik diri anda.

Kalau sekadar membaca sahaja tanpa sebarang penghasilan nota anda cuma gunakan bahagian visual dan auditori semata-mata.

Penglibatan bahagian kinestatik penting kerana ia mengukuhkan lagi ingatan anda terhadap apa yang anda pelajari.

ULANG kaji secara sistematik pasti menghasilkan keputusan yang cemerlang. - gambar hiasan.





Kredit : ADAP

Kenapa mengantuk waktu belajar?



OTOT-OTOT mata menjadi letih kerana terlalu memberi tumpuan kepada huruf-huruf atau formula-formula fizik atau matematik yang bersaiz font 12 atau kurang.

Sebab itulah ramai pelajar yang apabila mahu belajar terasa mengantuk.

Ada pula yang tak sampai 10 minit berada depan buku mata terasa berat.

Apabila mata terlalu mengantuk kita akan menjadi hilang tumpuan.

Akibatnya, tumpuan kita tersasar.

Ini cukup merugikan masa.

Kenapa mengantuk? Kenapa ketika bermain atau menonton televisyen mata kita tidak mengantuk?

1. Tidak cukup tidur.

Ini memanglah punca utama ramai pelajar mengantuk ketika guru mengajar di sekolah. Ada sesetengah pelajar yang tidur lewat malam sehingga pukul 1 pagi.

Sedangkan esok hari persekolahan dan terpaksa bangun awal.

Ada yang tidur lewat kerana menelaah pelajaran.

Ada pula pelajar yang tidur lewat kerana membuang masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah seperti mendengar radio dan bersembang maya di Internet sehingga pagi.

Kalaulah ini masalah anda maka nyatalah yang anda belum menetapkan matlamat dalam hidup anda. Pelajar yang bermatlamat tidak buang masa dengan urusan yang sia-sia.

Kalau anda tidur lewat kerana mengulangkaji pelajaran maka anda juga perlu ubah tabiat buruk ini.

Ingat pelajar yang cemerlang ialah pelajar yang belajar pintar bukan semata-mata kuat belajar.

2. Tidur yang berlebih-lebihan.

Tidur yang terlalu lama dan kerap juga menjadikan anda mengantuk. Tidur yang mencukupi ialah sebanyak 6-8 jam sehari. Pastikan anda tidak tidur lebih dari tempoh waktu ini.

3. Makan terlalu banyak.

Ini juga merupakan satu tabiat buruk. Apabila anda kuat makan maka perut anda terpaksa bekerja kuat memproses makanan tersebut. Proses ini memerlukan banyak oksigen dan mengerah banyak tenaga. Ini membuatkan anda akan mudah mengantuk waktu dalam kelas dan ketika mengulangkaji.

4. Badan terlalu letih.

Ada ketikanya anda mengantuk disebabkan badan anda terlalu letih dengan aktiviti sepanjang hari. Kalau anda ada masalah mengantuk cuba senaraikan semua aktiviti luar anda.

Ada ketikanya anda bersukan atau beriadah secara keterlaluan.

Bermain bola pada waktu petang secara berlebih-lebihan. Berbasikal keliling kampung berjam-jam. Semua aktiviti ini memerah keringat dan membuatkan anda keletihan.

Beriadah dan senaman memang baik untuk kesihatan tetapi tujuannya kena betul.

Perbaiki matlamat anda beriadah. Anda beriadah untuk membolehkan anda segar pada waktu malamnya bagi menelaah pelajaran. 20 - 30 minit sehari adalah mencukupi.

Ada pula sesetengah pelajar keletihan disebabkan aktiviti ko-kurikulum yang berlebih-lebihan.

Anda tidak perlu terlalu aktif dalam kegiatan ko-kurikulum hinggakan tiada masa untuk mengulangkaji dan sehingga memenatkan badan. Terlibat secara ala kadar.

Pilih aktiviti yang paling anda minati. Tidak ada gunanya kegiatan ko-kurikulum anda cemerlang sedangkan SPM anda kecundang.

Tidak ada gunanya menjadi olahragawan/olahragawati sekolah tapi akhirnya bekerja hanya sebagai budak kilang.

Oleh itu pastikan kegiatan harian anda seimbang antara pencapaian akademik dan penglibatan ko-kurikulum. Pastikan anda tidak kesuntukan masa. Pastikan anda tetap segar dan tidak mengantuk pada malamnya.

5. Tiada minat belajar.

Masalah ini sering dijadikan alasan oleh ramai pelajar.

Sebelum kita pergi lebih jauh cuba fikirkan sejenak antara MINAT dengan BELAJAR manakah yang wujud terlebih dahulu?

Minat tidak tercetus dengan sendirinya dalam diri anda. Ia sesuatu yang wujud disebabkan pengaruh-pengaruh tertentu seperti guru yang baik, penguasaan pelajaran yang sempurna, markah yang tinggi dan sebagainya.

Pernahkah anda dengar adanya pelajar yang dapat markah 90% dalam sejarah berkata yang dia tak minat sejarah? Tentulah tidak.

Oleh itu minat timbulnya apabila anda lihat dalam diri anda ada potensi untuk pergi lebih jauh. Minat mula timbul apabila anda dapat rasakan yang anda mula menguasai sesuatu mata pelajaran.

Oleh itu yang perlu anda perbaiki ialah cara belajar anda dan kegigihan anda sendiri.

Anda perlu mempunyai kemahiran belajar yang tinggi agar mudah menguasai setiap perkara baru yang dipelajari.

Kredit : ADAP

Ebook Kertas SOalan Ramalan Matematik SPM ulangan (SPM U) 2011 Maths Catch Terbaik!

Assalamu'alaikum & Salam sejahtera
pada semua pelawat-pelawat sekalian.

Hari isnin yang lalu 16 Mei merupakan Hari Guru.semalam 17
Mei pula merupakan sambutan hari wesak bagi penganut agama Budhha

Pejam celik hari ini sudahpun 18 Mei 2011 bukan..wah cepatnya masa berlalu

Info kali ini saya ingin berkongsi dengan anda berkenaan PEPERIKSAAN SPM MATEMATIK ULANGAN (SPM U) yang akan berlangsung pada 13 -14 June 2011 nanti.

Jika ada anda yang akan emnduduki peperiksaan ini bagaimana dengan persediaan anda sekarang?? Masa hanya tinggal 1 bulan sahaja lagi...

Jika anda tercari-cari bahan ulangkaji KHUSUS untuk PERSEDIAN MATEMATIK SPM ULANGAN ini maka saya sarankan anda jenguk-jenguk produk terbaik dari Maths Catch Network.

Maths Catch Networks satu-satunya syarikat yang menerbitkan bahan khusus untuk Pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM Ulangan ini.

Untuk pengetahuan anda Harini 18 Mei 2011 merupakan hari PELANCARAN Bagi
PRODUK Pakej Kertas SOalan Ramalan Matematik SPM ulangan (SPM U) 2011 Maths catch


APA YANG ISTIMEWANYA Dengan PAKEJ SPM ULANGAN ini?


Secara ringkasnya modul ini mengandungi


1-###3 Set Kertas Soalan Ramalan special Edition#
-Mengandungi Analisis mengikut Tahun,analisis
mengikut bab dan analisis mengikut turutan soalan.
-Setiap soalan disertakan jawapan,cadangan jalan
pengiraan dan dibuat langkah demi langkah untuk
kedua-dua kertas 1 dan 2.
-Untuk membantu pelajar mengesan apa formula yang
perlu dilakukan setiap soalan diletakkan nama tajuk
Ianya penting sebagai pencetus idea bagi membantu
dan melatih otak pelajar.

2-###MODUL BANTU LULUS-"LAST EXAM TIPS to Get 40%"#
-Modul ini merupakan suatu bahan BANTU LULUS
atau lebih tepat suatu bentuk cadangan terdiri
daripada cadangan tajuk dan soalan yang perlu
dilakukan untuk mencapai sekurang-kurang 40%
Modul tersebut adalah

MODUL 1 Last Exam Tips and Strategy 40% [PAPER 1] - MATHS SPM U
MODUL 2 Last Exam Tips and Strategy 40% [PAPER 2]- MATHS SPM U
MODUL 3 Suggestion Question to Get 40% [PAPER 1] - MATHS SPM U
MODUL 4 Suggestion Question to Get 40% [PAPER 2] - MATHS SPM U

-Semua bentuk soalan yang pelajar kategori ini
perlu ketahui didedahkan.

-sesuai kepada pelajar yang sangat lemah,Link
selalu gagal dan hanya meletak sasaran
sekurang-kurangnya UNTUK LULUS shja


3-###M-"LAST EXAM TIPS to Get A+"#
-Modul ini merupakan suatu bahan Cadangan
bagi membantu pelajar yang sederhana tetapi
meletak sasaran untuk mencapai A+ dalam masa
yang singkat.
Modul tersebut adalah:

MODUL 5 Last Exam Tips and Strategy A+ [PAPER 1] - MATHS SPM U
MODUL 6 Last Exam Tips and Strategy A+ [PAPER 2]- MATHS SPM U
MODUL 7 Suggestion Question to Get A+ [PAPER 1] -MATHS SPM U
MODUL 8 Suggestion Question to Get A+ [PAPER 2] - MATHS SPM U

-Semua bentuk soalan yang pelajar kategori ini
perlu ketahui didedahkan.Modul ini merupakan
sambungan dari 4 modul sebelum ini

-sesuai kepada pelajar yang kategori sederhana
dan cemerlang.

4###BONUS PERCUMA 1
-Pelajar akan diberikan 1 contoh Soalan
peperiksaan Sebenar SPM Ulangan Terdahulu
sebagai panduan dan rujukan.


5###BONUS PERCUMA 2
-Pelajar akan diberikan beberapa contoh Soalan
peperiksaan Percubaan Negeri Terdahulu yang
dijangka dapat membantu calon Peperiksaan
2011

Jika anda berminat apa kata cepat-cepatlah mendapatkan
ebook Pakej Kertas Soalan Ramalan SPM Ulangan
Maths Catch Network ini pada Harga promosi RM40
sahaja bagi 200 Orang yang pertma.

Promosi ini difahamkan untuk HARINI sahaja!!

maklumat lanjut lihat disini
http://www.maths-catch.com/math-catch2011/spmulangan.html

diharapkan info ini berguna untuk anda semua

Selamat berjumpa lagi


Link-Link Berguna

Kertas Soalan RAMALAN SPM ULANGAN
http://www.maths-catch.com/

Kertas Soalan RAMALAN Lain-Lain
maths-catch.com

Teknik RAHSIA MATEMATIK Pantas (Maths Kwick)
www.rahsiamatematik.com

Tarikh peperiksaan Awam malaysia 2011

http://eputra.com/tarikh-peperiksaan-awam-2011/


Aplikasi & integrasi TMK dalam pendidikan

SANTAPAN MINDA Oleh Dr. Ismail Zain

Bahagian 1

PERKEMBANGAN Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) telah membawa kemajuan dalam pelbagai bidang kehidupan. Sejak terlancarnya tujuh projek perdana dalam bidang TMK, inovasi telah berlaku dalam segala bentuk urusan sama ada urusan perniagaan ataupun pentadbiran. Hal ini tidak termasuk perkembangan yang berlaku dalam bidang perubatan, pertanian, hiburan dan lain-lain lagi yang berjalan dengan pesat sekali.

Segenap lapisan masyarakat termasuk masyarakat orang Asli sudah sedar betapa mudah dan menguntungkan penggunaan kaedah e-dagang yang mampu mengurus hasilan jualan mereka hanya di hujung jari.

Penggunaan Internet dapat dijalankan dengan begitu luas sekali menggunakan kemudahan jalur lebar tanpa wayar hingga terlancarnya “kampung wifi” yang mampu memberi kemudahan kepada masyarakat di luar bandar.

Sehubungan itu, apakah pula perkembangan TMK dalam bidang pendidikan? Sejauh manakah pelanggan kita iaitu murid-murid sekolah mendapat faedah hasil daripada perkembangan TMK ini? Atau kita sekadar berbangga dengan segala bentuk kemudahan fizikal yang dibekalkan seperti makmal atau bilik komputer yang lengkap dengan perkakasannya serta peralatan lain yang canggih seperti papan interaktif, e-buku dan sebagainya yang memakan belanja jutaan ringgit. Apakah kita hanya berbangga kerana kita mampu mengendalikan alatan seperti projektor LCD, mengaplikasikan segala bentuk perisian yang terdapat di pasaran?

Pada saya TMK bukan hanya mampu diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) melalui perkakasan dan perisian yang canggih sahaja tetapi harus mampu diintegrasikan dalam sistem penyampaian secara kreatif.

Justeru gabungan ilmu amat diperlukan untuk meneroka potensi setiap media pengajaran (instructional media) untuk disesuaikan dengan alat pengajaran (instructional tools) iaitu kaedah, teknik dan aktiviti P&P serta menggunakan alat pemikir (thinking tools) untuk menjana pemikiran pelajar yang kritis dan kreatif mengikut pemeringkatan domain pembelajaran yang dicadangkan oleh Blooms yang kebiasaannya digunakan dalam sistem pendidikan kita.

Perancangan setiap unit pembelajaran itu harus disesuaikan pula dengan profil dimensi psikologi pelajar seperti kepelbagaian kecerdasan, gaya belajar agar segala bentuk kemahiran dan penerapan nilai-nilai murni dalam hasilan pembelajarannya dapat dicapai.

Mari kita renungi beberapa rumusan tentang ruang lingkup teknologi pendidikan yang harus dimainkan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Most people think of technology as simply a tool. Yes, technology is a tool, but the term "technology" is actually defined as applied knowledge. ……..

Educational technology is a process of using our knowledge, which includes the body of knowledge in the entire field of education and any pertinent scientific and technical knowledge in all other disciplines, for designing the most appropriate learning environment for student success.

Educational technology is the study and ethical practice of facilitating learning and improving performance by creating, using, and managing appropriate technological processes and resources. (AECT, 2004).

Bersambung……

Kredit : ADAP

Akibat suka bertangguh


BIJAK dan cepat membuat keputusan akan membantu meningkatkan pencapaian akademi. - Gambar hiasan.



PENANGGUHAN kerja sering kali berlaku kerana kita tidak membuat keputusan berhubung sesuatu perkara.

Apabila berhadapan dengan sesuatu masalah, kita mengelakkan diri daripada membuat keputusan dan ini akan menyebabkan masalah tersebut terus tergantung atau tertangguh.

Natijahnya ialah masalah yang baru muncul, dan ini juga tertangguh kerana kesukaran membuat keputusan.

Menerajui diri bermakna membuat keputusan secepat yang mungkin.

Sudah tentulah keputusan dibuat dengan menimbangkan segala kemungkinan yang ada dan pemilihan alternatif yang terbaik.

Selalunya, manusia takut membuat keputusan kerana bimbang kalau keputusan itu tersalah atau tersilap.

Jika keputusan yang dibuat silap, mungkin ada jalan memperbaikinya dan tidak mengulangi kesilapan itu lagi.

Walau bagaimanapun, jika dipertimbangkan, maka jarang-jarang keputusan itu boleh menimbulkan kesilapan atau kesalahan besar.

Sebaliknya, jika pelajar tidak membuat keputusan, maka keadaan akan menjadi bertambah buruk.

Masalah itu akan terus wujud dan tidak bergerak. Malah, mungkin masalah baru akan timbul dan terus bertimbun.

Lebih teruk lagi ialah ada pelajar yang membuat keputusan, tetapi keputusan itu ialah tidak mahu membuat tindakan.

Jika sesuatu keputusan itu silap, buat satu lagi keputusan.

Tahukah anda seluruh dunia meraikan Hari Guru?

Hari ini 16 Mei 2001 merupakan hari guru. Jadi, di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru, Happy Teachers’ Day kepada semua guru-guru di seluruh Malaysia. Jadilah guru yang berdedikasi.

Tahukah anda seluruh dunia meraikan Hari Guru. Namun, tarikh sambutannya berlainan antara satu sama lain. Sebagai contoh negara Brunei menyambut hari guru pada 23 September, Indonesia - 25 November, Singapura – 1 September, Sepanyol – 29 Januari, Arab Saudi – 28 Februari dan Amerika Syarikat menyambutnya pada hari Selasa minggu pertama dalam bulan Mei. Untuk maklumat lanjut, layari http://en.wikipedia.org/wiki/Teachers’_Day

Namun, biar apa pun tarikhnya, jasa guru perlu kita hargai. Tanpa mereka siapalah kita.

Akhir kata, Selamat Hari Guru. Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara.


Kertas Soalan Ramalan Matematik 2011
http://www.maths-catch.com

Teknik Belajar Matematik Berkesan
http://www.rahsiamatematik.com

Tulisan kemas 'tawan hati' pemeriksa


FAKTOR kekemasan tulisan boleh membantu meningkatkan pencapaian akademik murid. - Gambar hiasan


SALAH satu aspek yang penting ketika menjawab peperiksaan ialah kekemasan penulisan.
Walaupun kekemasan penulisan tidak dimasukkan sebagai markah - atau diberi markah bonus sekiranya tulisan kita cantik berbunga-bunga - tetapi tulisan yang mudah dibaca akan menggembirakan hati pemeriksa kertas jawapan.
Sebenarnya kita tidak perlu tergesa-gesa menjawab sesuatu soalan sehingga akhirnya tulisan kita sukar dibaca.
Sekiranya kita menjawab soalan subjektif pada kertas dua atau tiga, maka kebolehbacaan tulisan kita turut menjadi pertaruhan kepada pertimbangan pemeriksa kertas.
Bagi soalan-soalan yang berbentuk nyatakan, labelkan, tandakan atau senaraikan, maka kita sebenarnya tidak perlu menulis ayat-ayat yang berjela-jela.
Memadai tuliskan fakta dalam dua atau tiga patah kata.
Jangan mencuba-cuba meraih simpati pemeriksa dengan memberikan dua atau lebih pilihan jawapan dengan harapan pemeriksa akan memilih yang mana satu betul.
Pada kebiasaannya, pemeriksa akan memangkah salah pada jawapan yang tertera dua pilihan, walaupun yang satu mungkin betul, dan yang satu lagi salah.
Sebagai contoh, diberikan soalan berikut: Apakah gas yang dibebaskan semasa proses fotosintesis? Pelajar menjawab - oksigen/karbon dioksida. Maka pemeriksa akan mengira jawapan itu salah.
Jadi, tulis hanya jawapan yang tepat.
Jika anda ditanya soalan seperti huraikan atau terangkan, maka barulah jawapan anda agak panjang, sertakan sekali contoh-contoh yang perlu.
Calon biasanya akan berasa jawapan mereka tidak memadai dan cuba menulis sebanyak mungkin untuk memuaskan hati.
Inilah menjadi punca tulisan tidak kemas kerana hendak mengejar masa.
Penggubal soalan tidak pernah cuba menyusahkan anda dengan menjawab sehingga empat atau lima helai kertas.
Ada juga pelajar yang asyik meminta kertas tulis tambahan. Ini cukup menghairankan!
Kalau boleh, elakkan tulisan bersambung.
Jangan pula cuba menulis meraih simpati penulis kertas dengan menulis kata-kata tertentu seperti, ``Tolonglah saya,'' ``berilah saya markah tinggi,'' ``kita sama-sama Melayu'' atau sebagainya.
Ada juga pelajar yang melukis pelbagai simbol untuk menarik perhatian cikgu, melepaskan geram, untuk menunjuk-nunjuk atau sebagainya.
Kesemua ini akan menyebabkan pemeriksa berasa tawar hati untuk menyemak kertas anda.

Panduan merancang waktu

1. Sediakan jadual harian

Jadual harian merupakan aspek yang penting dalam merangka aktiviti harian. tentukan segala tugas dan waktu. Kita perlu berdisiplin ketika melaksanakan jadual harian bagi memastikan keberkesanannya.

2. Tetapkan dan ingati matlamat pada setiap masa

Penetapan matlamat dapat membantu kita bertindak mengikut apa yang dicita-citakan. Matlamat dapat mengelakkan kita daripada menghabiskan masa dengan tugas dan aspirasi yang tidak ada kena mengena dengan aspirasi dan cita-cita. Matlamat juga dapat menjadikan kita lebih produktif.

3. Mengetahui apa yang hendak dilakukan pada setiap masa

Setiap saat amat berharga dan kita mesti mengetahui apakah yang hendak dilakukan pada setiap masa. Kita tidak boleh membazirkan waktu tanpa tujuan.

4. Kenal pasti masalah dan cari resolusi yang boleh menguntungkan

Kita mesti mengetahui punca masalah dan mencari jalan penyelesaiannya. Sia-sia sahaja jika anda dapat mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang tidak membawa sebarang keuntungan.

5.Jangan menangguhkan kerja

Orang yang suka menangguhkan kerja tidak akan berjaya di dalam hidup mereka kerana kerja yang ditangguhkan tidak akan menjadi, malah ia akan menambahkan lagi bebanan kerja.

6. Membuat penilaian harian

Amalan membuat penilaian diri hendaklah dilakukan pada setiap hari, seelok-eloknya sambil berbaring atau berehat-rehat sebelum tidur. Ia merupakan amalan yang baik kerana kita akan dapat membuat penilaian diri serta memikirkan cara terbaik untuk membetulkan kesilapan, kelemahan dan kekurangan diri.


kredit : ADAP

Letak Iklan anda disini RM50 sebulan.1 Kekosongan sahaja lagi

BENGKEL PECUTAN AWAL 2012

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates