Matematik Dalam Pembuatan :Kerjaya Penganggar Kos

Salam mesra buat semua pengunjung selamat bercuti sekolah! . Bersua kembali dalam ruangan Kerjaya edisi kali ini berkaitan Matematik Dalam Pembuatan.

Siapakah penganggar kos (cost estimator)? Sebagai contoh, apabila sesebuah syarikat ingin membangunkan suatu produk baru, pemilik syarikat perlu mengetahui berapakah kos yang diperlukan untuk menghasilkan produk tersebut. Selain itu, perkara lain yang perlu dipertimbangkan adalah keperluan tentang mesin-mesin baru, kos bahan-bahan, pekerja-pekerja yang akan diupah dan lain-lain lagi. Maka, di sinilah antara tugas penganggar kos iaitu mendapatkan cara meminimumkan kos pengeluaran tetapi dalam masa yang sama menghasilkan suatu produk yang terbaik. Penganggar kos akan membuat keputusan tentang bekalan atau barang yang akan digunakan, mendapatkan harga yang terbaik, menganggar kos buruh dan membuat laporan semula kepada pemilik syarikat.


Tanpa mengira dalam industri mana mereka bekerja, pengnggar kos akan mengumpul dan menganalisis data ke atas semua faktor yang boleh menjejaskan kos, seperti bahan-bahan, tenaga buruh, lokasi, tempoh projek dan keperluan jentera khas termasuk perkakasan dan perisian komputer. Tugas mereka berbeza-beza bergantung kepada jenis dan saiz projek.


Dalam sektor pembuatan, penganggar kos biasanya ditugaskan kepada jabatan kejuruteraan, kos atau harga. Matlamat penganggar kos adalah menganggarkan kos yang berkaitan dengan pembangunan dan pengeluaran produk dengan tepat. Tugasnya bermula apabila pihak pengurusan meminta suatu anggaran kos yang berkaitan dengan reka bentuk semula utama produk yang sedia ada atau pembangunan produk baru atau proses pengeluaran.


Sebagai contoh, apabila membuat anggaran kos pembuatan produk baru, penganggar kos akan bekerjasama dengan jurutera mengkaji semula pelan tindakan atau lukisan konsep untuk menentukan operasi pemesinan, alat, tolok, dan bahan-bahan yang akan diperlukan. Penganggar kemudian menyediakan senarai bahagian dan menentukan sama ada untuk menghasilkan atau membeli bahagian-bahagian tersebut. Untuk melakukan perkara ini, penganggar akan mendapatkan maklumat harga dari pembekal-pembekal yang berpotensi. Langkah seterusnya adalah untuk menentukan kos pembuatan setiap komponen produk. Sesetengah produk berteknologi tinggi memerlukan banyak pengaturcaraan komputer semasa fasa reka bentuk. Kos membangunkan perisian adalah salah satu aktiviti yang pesat berkembang dan paling sukar untuk dianggarkan.


Selepas itu, penganggar kos menyediakan carta fasa-masa dan lengkung pembelajaran. Carta fasa-masa menunjukkan masa yang diperlukan untuk reka bentuk alat dan pembuatan, alat penyahpijatan - mencari dan membetulkan semua masalah seperti pembuatan bahagian-bahagian, pemasangan dan pengujian. Lengkung pembelajaran pula secara grafiknya menunjukkan kadar di mana prestasi pekerja yang menghasilkan bahagian-bahagian untuk produk baru bertambah baik dengan amalan kerja. Lengkung ini biasanya dipanggil lengkung "pengurangan kos" kerana masalah-masalah seperti perubahan dalam kejuruteraan, kerja semula, kekurangan bahagian dan operator mahir dapat dikurangkan. Maka bilangan unit yang dihasilkan dapat ditingkatkan dengan kos unit yang lebih rendah.


Dengan menggunakan semua maklumat ini, penganggar kemudian mengira masa bekerja yang diperlukan untuk menghasilkan beberapa unit tertentu. Masa bekerja tersebut kemudiannya ditukar kepada nilai ringgit yang ditambah faktor-faktor bagi sisa, overhed dan keuntungan untuk menghasilkan kos unit dalam ringgit. Penganggar membandingkan kos membeli bahagian dengan anggaran kos firma pembuatan mereka untuk menentukan kos yang paling murah.


Kini, komputer memainkan peranan yang penting dalam membuat anggaran kos kerana proses ini selalunya melibatkan pengiraan matematik yang kompleks dan memerlukan teknik-teknik matematik lanjutan. Sebagai contoh, untuk menjalankan analisis berparameter, penganggar kos menggunakan pangkalan data komputer yang mengandungi maklumat mengenai kos dan keadaan-keadaan projek-projek lain yang serupa. Walaupun komputer tidak boleh digunakan untuk seluruh proses penganggaran, ia boleh mengurangkan banyak tugas penganggar berkaitan yang rutin dan berulang-ulang serta pengiraan yang mengambil masa yang lama. Kos perisian penganggaran yang baru dan lebih baik telah membawa kepada pengiraan yang lebih cekap dan ini memberikan peluang masa kepada penganggar untuk melawat dan menganalisis projek.


Diharap adik-adik sentiasa bersemangat dalam meneruskan pelajaran masing-masing sebagaimana penganggar kos bersemangat dalam meminimumkan kos pengeluaran dan memaksimumkan produk yang dihasilkan. Semoga kejayaan adik-adik nanti adalah sebagai sebahagian 'produk' kebanggaan ibu dan ayah yang telah 'menganggarkan kos' persekolahan adik-adik dengan penat jerih mereka.Smile

1 comment:

  1. SALAM KENAL SEMUA,…!!!
    DEMI ALLAH INI CERITA YANG BENAR BENAR TERJADI(ASLI)BUKAN REKAYASA!!!

    Saya Sangat BerTerima kasih Atas Bantuan Angka Ritual AKI…Angka AKI JAYABAYA Tembus 100%…Saya udah kemana-mana mencari angka yang mantap selalu gak ada hasilnya…sampai- sampai hutang malah menumpuk…tanpa sengaja seorang teman lagi cari nomer jitu di internet…Kok ketemu alamat AKI JAYABAYA..Saya coba beli Paket 2D ternyata Tembus…dan akhirnya saya pun membeli Paket 4D…Bagai di sambar Petir..Ternyata Angka Ritual Ghoib AKI JAYABAYA…Tembus 4D…Baru kali ini saya mendapat angka ritual yang benar-benar Mantap…Bagi saudara yang ingin merubah Nasib anda seperti saya…Anda Bisa CALL/SMS Di Nomer AKI JAYABAYA 082 333 390 858.(((Buktikan Aja Sendiri Saudara-Saudari)))

    …TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA AKI JAYABAYA…

    **** BELIAU MELAYANI SEPERTI: ***
    1.PESUGIHAN
    2.UANG GAIB
    3.JUAL TUYUL MEMEK
    4.JUAL KERIS PUSAKA
    5.JUAL PERMATA REJEKI

    …=>AKI JAYABAYA<=…
    NOMOR TLPN : 082 333 390 858

    {{=>>KLIK DISINI CARA MENDAPAT ANGKA RITUAL AKI JAYABAYA<<=}}

    ReplyDelete

Sila Berikan Komen Anda Disini

Letak Iklan anda disini RM50 sebulan.1 Kekosongan sahaja lagi